Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perenang Canada, Summer McIntosh raih emas acara rampaian 400m

Jul 30, 2024 | 3:03 PM
Summer Mcintosh meraikan kemenangannya dalam acara akhir rampaian perseorangan wanita 400 meter di Sukan Olimpik Paris pada 29 Julai.
Summer Mcintosh meraikan kemenangannya dalam acara akhir rampaian perseorangan wanita 400 meter di Sukan Olimpik Paris pada 29 Julai. - Foto AFP

PARIS: Perenang remaja asal Canada, Summer McIntosh memukau para penonton dengan meraih pingat emas dalam acara rampaian perseorangan wanita 400 meter dalam Sukan Olimpik Paris pada 29 Julai.

Pingat emas ini adalah pingat keduanya yang diraih dalam Olimpik ini.

McIntosh yang merupakan pemegang rekod dunia berjaya menyentuh tembok penamat dalam masa 4 minit 27.71 saat, jauh di hadapan Katie Grimes, yang meraih pingat perak dan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Emma Weyant pula meraih pingat gangsa.

Kejayaan McIntosh itu diraih dua hari selepas beliau menggondol pingat perak dalam acara gaya bebas 400 meter dalam pembukaan acara renang.

Dalam pertandingan pembuka tersebut, McIntosh dikalahkan oleh perenang asal Australia, Ariarne Titmus.

Pingat emas Olimpik pertama McIntosh itu bak hadiah kepadanya memandangkan beliau hanya menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 2021.

Ketika itu McIntosh berusia 14 tahun.

Kini, remaja berusia 17 tahun ini menjadi tumpuan untuk menyumbangkan pingat kepada Canada, dalam Sukan Olimpik Paris kali ini.

Beliau masih ada dua lagi pertandingan, acara rampaian perseorangan wanita 200 meter dan kuak kupu-kupu 200 meter.

Beliau dijadualkan menjadi ancaman kepada para peserta lain dalam acara-acara tersebut.

Terdapat lima pingat emas yang menjadi rebutan dalam peringkat akhir pertama yang berlangsung di kolam renang La Defense itu.

Ternyata McIntosh berjaya di hadapan Grimes sebelum akhirnya mendahului dengan masa enam saat lebih baik daripada pencabarnya itu.

Selepas rampaian gaya kuak kupu-kupu dan kuak lentang, pertarungan bak melibatkan perenang Canada dan Amerika Syarikat itu.

McIntosh terus mengungguli persaingan dalam gaya kuak dada.

Ketika beralih kepada gaya bebas, persaingan pingat emas sah milik McIntosh, memaksa Grimes untuk memastikan seorang pesaingnya lagi, Weyant daripada merebut pingat perak. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg