Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Perenang muda buat kejutan menang pingat emas

May 12, 2023 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Perenang Singapura Mikkel Lee memenangi pingat emas Sukan SEA individu sulungnya dengan penuh gaya.



Beliau bukan hanya mencatat masa terbaik peribadi sambil menewaskan rakan sepasukan dan juara bertahan, tetapi juga meraih kelayakan ke Kejohanan Akuatik Dunia.



Bahkan Lee, 20 tahun, langsung tidak menyedari pencapaian yang diraih pada malam Rabu, kerana beliau memakai gogal berenang dan bukan kaca matanya untuk membaca papan mata.



"Saya tidak tahu sama ada anda boleh tahu tetapi saya tidak dapat melihat papan mata, jadi saya tidak tahu masa saya," kata Lee selepas kemenangannya.



"Saya tidak tahu sama ada saya layak (untuk kejohanan dunia), saya tidak tahu masa saya. Sehinggalah saya terdengar seseorang di antara orang ramai menjerit. Kemudian saya fikir, oh, adakah itu saya?"



Beliau pastinya juara selepas mencatat masa 23.45 saat untuk memenangi acara 50 meter kupu-kupu lelaki, mengurangkan 0.12 saat dari masa yang dicatat untuk mengungguli pusingan saringan pagi.



Kedua-duanya adalah masa terbaik peribadi untuk Lee.



Beliau menamatkan saingan di hadapan rakan senegara Singapura, Teong Tzen Wei (23.67 saat) dan Jarod Hatch (23.89 saat) dari Filipina.



Persembahan Lee juga cukup untuk melepasi masa kelayakan "A", 23.53 saat, bagi perlumbaan dunia pada Julai di Fukuoka, Jepun.



Beliau kemudian menambah satu lagi emas dalam acara berganti-ganti 4x100 meter gaya bebas bersama Jonathan Tan, Darren Chua dan Quah Zheng Wen.



Mereka menang dalam masa 3 minit 17.35 saat, mendahului Malaysia (3:20.61) dan Vietnam (3:21.09).



Senyuman Lee menggambarkan segala-galanya, ketika Teong, 25 tahun, kelihatan tersungkur di atas pagar besi selepas acara 50 meter.



Teong tiba di Phnom Penh sebagai perenang terpantas di Asia Tenggara, setelah merangkul emas dalam gaya bebas 50 meter dan kupu-kupu 50 meter, kedua-duanya rekod masa Sukan SEA, hanya setahun lalu di Hanoi.



Beliau pertama tewas kepada Jonathan Tan, 21 tahun, pada Ahad dan tiga hari kemudian hilang satu lagi takhtanya kepada rakan sepasukan yang lebih muda.



Beliau meninggalkan Kemboja dengan hanya satu emas dalam acara berganti-ganti campuran 4x100 meter lelaki.



Teong berkata beliau kecewa dengan persembahannya di Sukan SEA 2023 dan berjanji untuk bangkit daripada kekalahan. Jelas kelihatan beremosi, beliau memendekkan wawancaranya sebelum pergi meninggalkan kolam renang.



Ia adalah hari yang berhasil untuk Singapura, ketika para perenang menggondol tiga lagi emas di Pusat Akuatik Morodok Techno.



Quah Ting Wen menjuarai acara gaya bebas 50 meter wanita, manakala Letitia Sim meneruskan penguasaannya dalam acara kuak dada wanita dengan meraih emas dalam pusingan akhir 200 meter.



Pasukan berganti-ganti bebas 4x200 meter wanita - yang terdiri daripada Ting Wen, Gan Ching Hwee, Ashley Lim dan Chan Zi Yi - turut cemerlang dan membawa pulang emas.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >