Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perez dikenakan penalti tiga petak bagi GP Sepanyol

Jun 10, 2024 | 2:34 PM
Pemandu Red Bull, Sergio Perez, dikenakan penalti tiga petak untuk perlumbaan seterusnya di GP Sepanyol.
Pemandu Red Bull, Sergio Perez, dikenakan penalti tiga petak untuk perlumbaan seterusnya di GP Sepanyol. - Foto REUTERS

MONTREAL: Pemandu Red Bull, Sergio Perez, dikenakan penalti tiga petak untuk perlumbaan Formula Satu (F1) di Sepanyol selepas warga Mexico itu memandu keretanya dalam keadaan yang tidak selamat dalam Grand Prix (GP) Canada pada 9 Jun.

Pasukannya, Red Bull, yang menjuarai perlumbaan itu, juga dikenakan denda 25,000 euro ($26,935).

Perez terpaksa berhenti berlumba dalam pit selepas beliau meneruskan pemanduan dengan sayap belakang keretanya yang patah dan serpihan gentian karbon yang terjatuh di litar akibat terbabas dan merempuh pengadang di pusingan keenam.

Perez terbabas selepas hilang kawalan keretanya dalam keadaan litar yang licin.

Menurut peraturan sukan F1, “jikalau pemandu mengalami masalah mekanikal yang serius, beliau mesti meninggalkan trek sebaik sahaja selamat untuk berbuat demikian”.

Pegawai F1 berkata dalam satu kenyataan bahawa Red Bull telah mengesahkan bahawa Perez telah dinasihati supaya membawa keretanya kembali ke pit untuk mengelak masalah keselamatan jika beliau berhenti di litar.

Mereka juga menyatakan bahawa penalti sukan juga perlu dikenakan sebagai tambahan kepada denda kewangan akibat implikasi keselamatan.

Perez gagal menamatkan dua perlumbaannya, manakala juara dunia tiga kali ganda dan rakan sepasukannya, Max Verstappen, memperoleh enam kemenangan daripada sembilan perlumbaan sejauh ini.

Verstappen juga berjaya memenangi perlumbaan tersebut pada 9 Jun, dengan pemandu McLaren, Lando Norris, di tempat kedua; dan pemandu Mercedes, George Russell, di tempat ketiga.

Selain insiden melibatkan Perez, terdapat beberapa kejadian yang dipantau pegawai F1.

Antaranya adalah apabila Russell berlanggar bersama pemandu McLaren, Oscar Piastri, yang menyaksikan kededua pemandu diminta melaporkan diri kepada pegawai F1 untuk menjelaskan kejadian tersebut.

Pemandu RB, Yuki Tsunoda, juga perlu melaporkan diri kerana hadir lambat semasa lagu kebangsaan dimainkan sebelum perlumbaan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg