Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perkembangan sepak takraw setempat sejak 2019

Dec 24, 2023 | 05:30 AM



Berita Minggu (BM) menyenaraikan garis masa peristiwa mercu tanda yang berlaku dalam sepak takraw Singapura dari 2019 hingga 2023.


  • 15 November 2019: Mohd Nasri Haron dipilih presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) selepas menewaskan Abdul Halim Kader 12-9 di mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu.
  • 30 November 2022: Astaf menggantung Nasri dan setiausaha agungnya, Zahid Abdul Aziz, daripada sukan itu masing-masing selama 10 tahun dan lima tahun atas tuduhan salah laku. Nasri didakwa telah membuat kenyataan bertulis dianggap tidak sopan, menghina dan tidak sesuai. Beliau juga dikatakan cuba mengganggu dan atau menjejas kestabilan pentadbiran Astaf. Zahid, antara lain juga didakwa “secara sengaja atau dengan niat jahat, membuang atau mengeluarkan secara tidak wajar dan atau menyebabkan kerugian harta Astaf bernilai AS$9,700 ($13,176)... tanpa pengetahuan Astaf”. Mereka dilarang terlibat dalam pengurusan atau kegiatan Perses.
  • 20 Januari 2023: Satu Jawatankuasa Persiapan Temasya Sukan Utama (MGPC) yang dilantik Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) ditubuhkan untuk melindungi kepentingan pemain sepak takraw negara dan memastikan latihan dan persiapan mereka untuk menyertai temasya sukan utama dapat diteruskan.
  • Mei 2023: Pasukan sepak takraw lelaki Singapura bersaing dalam Sukan SEA Kemboja, iaitu penampilan pertama mereka sejak edisi 2019. Pasukan negara pulang dengan sebutir gangsa.
  • Oktober 2023: Pasukan sepak takraw lelaki Singapura bertanding dalam Sukan Asia Hangzhou. Mereka pulang dengan tangan kosong.
  • 4 November 2023: Istaf memutuskan untuk menamatkan keanggotaan Perses berikutan satu mesyuarat jawatankuasa eksekutif di Kuala Lumpur.
  • 10 November 2023: Istaf memberitahu SNOC keanggotaan Perses dengannya telah dilucutkan.
  • 15 November 2023: Menurut hantaran di laman Facebook Perses, Nasri dan Zahid menyertai AGM Perses dan dilantik semula sebagai presiden dan setiausaha agung Perses buat empat tahun lagi.
  • 20 November 2023: Satu gabungan melibatkan 10 persatuan sepak takraw, bersama Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN), mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) untuk membentuk Konfederasi Sepak Takraw Singapura (KSS).
  • 24 November 2023: SNOC mengutus surat kepada Perses untuk memaklumkan ia tidak lagi layak menjadi anggotanya selepas keanggotaannya dengan Istaf dilucutkan.
  • 28 November 2023: Istaf mengumumkan Perses bukan lagi anggotanya. Tempoh penggantungan Nasri dan Zahid turut dilanjutkan. Nasri dan Zahid, masing-masing, kini digantung sehingga 12 tahun dan tujuh tahun. Istaf mengarahkan kededua pemimpin itu supaya mengosongkan pejabat mereka dalam tempoh 90 hari supaya tidak dikenakan hukuman tambahan. Perses, dalam kenyataan berasingan, berkata ia merancang mengambil tindakan guaman terhadap presiden dan setiausaha agung Istaf.
  • 30 November 2023: Dalam satu e-mel kepada BM, presiden protem KSS, Mohamed Salim Ebrahim Marican memaklumkan pembentukan badan baru untuk sepak takraw di Singapura. Bekas naib presiden Perses itu berkata matlamat utama persekutuan tersebut ialah mendapatkan pengiktirafan sebagai Persatuan Sukan Nasional (NSA) daripada SNOC. Beliau mendedahkan bahawa lima ahli gabungan telah menamatkan keanggotaan Perses mereka.
  • 7 Disember 2023: Pendanaan daripada Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan SNOC, yang difahami membiayai sebahagian besar operasi Perses, dihentikan.
  • 15 Disember 2023: Menurut laporan The Straits Times, Salim bersama 14 anggota gabungan biasa, telah mengemukakan petisyen bagi mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa bagi memecat Nasri dan Zahid daripada peranan mereka.
  • 17 Disember 2023: Perses, dalam satu kenyataan, berkata ia menentang kuat sebarang percubaan untuk merampas kedudukan Perses sebagai NSA sepak takraw di Singapura.
  • 18 Disember 2023: KSS mengeluarkan kenyataan di mana ia mengemukakan entiti itu sebagai Perses II. Salim berkata penubuhan KSS bukanlah satu percubaan untuk merampas kedudukan Perses sebagai NSA sepak takraw Singapura tetapi bertujuan menyediakan kepimpinan dan tadbir urus yang stabil dan berkesan buat sukan tersebut.
  • 20 Disember 2023: Salim berkata hasrat KSS menjadi NSA sepak takraw di Singapura telah dimaklumkan kepada Istaf dan SNOC.
  • 22 Disember 2023: Nasri memberitahu BM bahawa Perses telah memberhentikan kededua kakitangan sepenuh masanya kerana tidak mampu membayar gaji mereka selepas pendanaan dihentikan. Namun, pemain nasional terus mendapat dana dan sokongan untuk meneruskan pembangunan masing-masing.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >