LONDON: England jatuh kembali ke bumi nyata selepas kalah 2-1 kepada pasukan Belanda yang kurang berpengalaman di Wembley kelmarin - sekali gus gagal meneruskan momentum kemenangan yang dicapai ketika mengalahkan juara dunia, Jerman, hujung minggu lalu.
Jaringan dalam babak kedua oleh penyerang Belanda Vincent Janssen dan pemain gantian Luciano Narsingh memastikan gol pembukaan oleh Jamie Vardy dalam babak pertama tidak dapat membantu England.