Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA (SPL)

Sailors damba puncak liga walau Albirex mantap di atas

spl
Aug 20, 2021 | 05:30 AM



HANYA tiga mata memisahkan gergasi Lion City Sailors, ditempat kedua, dan juara bertahan Albirex Niigata di puncak Liga Perdana Singapura (SPL). Ini selepas kemenangan 4-1 Sailors ke atas Tampines di Stadium Jalan Besar minggu lalu.



Kemenangan itu bertambah manis buat Sailors kerana ia kemenangan pertamanya ke atas Tampines sejak mereka ditubuhkan tahun lalu.



Pemain Sailors Gabriel Quak berkata pasukan beliau enggan menyerah kalah dalam buruan piala SPL.



"Kami harus terus bekerja keras dan mengenakan tekanan terhadap Albirex. Persaingan menjadi juara kini agak terbuka dan kita juga tidak boleh mengetepikan Hougang United dan Tampines.



"Yang baik ialah kami boleh mengawal nasib kami sekarang dan ia sesuatu yang positif," kata Gabriel, yang membuka jaringan pertama dalam perlawanan itu.



Sailors juga mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan dapat berada di puncak liga sekiranya mereka menang dalam perlawanan menentang Tanjong Pagar di Stadium Jurong East malam ini.



Namun, cabaran Sailors lebih sengit kerana ia berdepan pasukan yang sedang menunjukkan prestasi cemerlang baru-baru ini. Tanjong Pagar bangkit semula untuk meraihkan dua kemenangan penting, ke atas Geylang International dan Albirex, yang mengangkat pasukan bergelar Jaguars itu ke tangga kelima liga.



Pastinya anak didik Noh Alam Shah ingin meneruskan persembahan baik buat peminat mereka dalam perlawanan malam ini. Tanjong Pagar juga berharap penyerang import mereka, Luiz Junior dan Reo Nishiguchi, dapat menunjukkan prestasi baik di kotak penalti selepas masing-masing menjaringkan sembilan dan tujuh gol setakat ini.



Dalam perlawanan lain, Hougang United akan beraksi malam ini menentang Geylang International di Stadium Hougang. Anak buah Clement Teo masih enggan menyerah kalah dalam buruan mahkota liga musim ini.



Pada kali terakhir dua pasukan ini berjumpa Mei lalu, Hougang membenam Geylang 5-2. Oleh itu, peminat kededua kelab ini tentunya berharap perlawanan akan dibanjiri gol lagi, dengan corak permainan masing-masing.



Pasukan tempat pertama Albirex akan berdepan pasukan tempat terakhir Young Lions di Stadium Jalan Besar Ahad ini. Albirex akan cuba mendapatkan kesemua tiga mata, dengan rekod amat baik mereka terhadap Young Lions - tidak pernah kalah dalam lapan pertemuan.



Namun, anak buah Phillipe Aw mampu menunjukkan persembahan dan semangat baik setelah membaham Balestier Khalsa 4-2 minggu lalu. Ia kemenangan kedua pemain muda Young Lions sepanjang musim ini.



Geylang pula berdepan Tampines Rovers di Our Tampines Hub Rabu depan. Geylang ingin melupakan kekecewaan tewas 2-4 kepada Tanjong Pagar minggu lalu, meskipun berada di hadapan pada babak pertama.



Tampines pula akan cuba menebus kekecewaan mereka dalam kempen Liga Juara-Juara Asia di Taskent, Uzbekistan, bulan lalu. Wakil tunggal Singapura ke kempen itu kalah dalam kesemua perlawanan.



Pastinya derby timur ini akan menarik ramai penyokong menyaksikan perlawanan yang mempunyai sejarah sengit itu. Hingga 500 penonton yang telah mendapatkan vaksin Covid-19 penuh atau menunjukkan bukti ujian negatif bagi Covid-19 dibenar menyaksikan perlawanan SPL di stadium.




PERLAWANAN



Malam ini, 7.45 malam

- Tanjong Pagar lwn Lion City Sailors, Stadium Jurong East

- Hougang United lwn Geylang International, Stadium Hougang



Ahad, 5.30 petang

- Young Lions lwn Albirex Niigata , Stadium Jalan Besar



Rabu, 7.45 malam

- Geylang International lwn Tampines Rovers, Our Tampines Hub



* Siaran langsung perlawanan di YouTube, Facebook Liga Perdana Singapura, SingTel TV, StarHub TV




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >