Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA MERLION 2023

Perlawanan S'pura, HK dijangka menarik dek saling tak kenal

Peluang jurulatih Bawah 22 Tahun Philippe Aw uji pemain, susun taktik, dan pemain buat persiapan Sukan SEA
Mar 24, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS mencatat kemenangan pertamanya bersama Young Lions dalam Liga Perdana Singapura (SPL) 2023 minggu lalu, jurulatih pasukan Bawah 22 Tahun Singapura, Philippe Aw, kini mendambakan kejayaan dalam medan saingan antarabangsa Piala Merlion.



Singapura berdepan Hong Kong dalam separuh akhir di Stadium Jalan Besar pada Jumaat ini.



Piala Merlion 2023, yang kembali diadakan setelah tiga tahun berehat, bertujuan menyiapkan pasukan Asia Tenggara yang bertanding dalam Sukan SEA Kemboja pada Mei.



Selain Singapura dan Hong Kong, Malaysia dan Kemboja turut bersaing dalam Piala Merlion kali ini.



Kejohanan antarabangsa itu merupakan yang pertama bagi Aw, 45 tahun, sejak beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan Bawah 22 Tahun pada awal Mac.



"Sudah tentu saya dan pemain dari Young Lions gembira dan kini berasa yakin tentang permainan kami kerana ia telah menghasilkan kemenangan pertama pasukan ini dalam liga," kata Aw dalam satu sidang media praperlawanan Piala Merlion, yang dikendalikan secara maya, pada Khamis.



Ahad lalu, Young Lions membuat kejutan dalam SPL apabila menewaskan juara Piala Singapura 2022, Hougang United 2-1.



"Tetapi, sebagai jurulatih pasukan Bawah 22 Tahun, adalah tanggungjawab saya untuk memastikan pemain daripada kelab lain dan juga Young Lions bekerjasama dalam tempoh persiapan tiga hari ini," kata Aw.



Skuad 28 pemain Aw bagi Piala Merlion terdiri daripada 19 pemain Young Lions dan sembilan daripada kelab SPL yang lain - Lion- City Sailors (3), Albirex Niigata dan Tampines Rovers (2 setiap kelab); serta Hougang United dan Tanjong Pagar United (1 setiap kelab).



"Kami tidak tahu banyak tentang pasukan Hong Kong dan mereka juga tidak begitu kenal kami (kerana kurang beraksi akibat pandemik Covid-19).



"Jadi, ia akan menjadi perlawanan menarik untuk menguji pemain kami, malah juga untuk jurulatih menyusun taktik menentang satu sama lain.



"Esok, kami akan turun padang dan mahu menunjukkan gaya permainan kami. Mudah-mudahan kami dapat keputusan baik," kata Aw.



Pemain midfield Singapura Nicky Melvin Singh berkata mutu persembahan akan menjadi fokus pasukan dalam Piala Merlion.



"Untuk Piala Merlion, kami ingin memaparkan persembahan baik sebagai persiapan bagi Sukan SEA akan datang, iaitu salah satu sasaran utama kami... Pasukan ini bermotivasi untuk bermain di depan penyokong sendiri," kata Melvin, 20 tahun, yang menyarung jersi Albirex Niigata.



Singapura juara bertahan Piala Merlion.



Jurulatih pasukan Bawah 22 Tahun Hong Kong, Szeto Man Chun, berkata Piala Merlion menyediakan peluang baik untuk pasukannya meraih pengalaman antarabangsa selepas dua tahun tidak beraksi di negara lain dek sekatan perjalanan Covid-19 di wilayah China itu.



"Kami berterima kasih kerana diberi peluang ini untuk pasukan Bawah 22 Tahun Hong Kong memperoleh pengalaman antarabangsa selepas dua tahun.



"Saya menjangkakan perlawanan menarik untuk kami esok," kata beliau.



Kapten pasukan Bawah 22 Tahun Hong Kong, Jesse Yu pula berkata: "Kami mempunyai skuad yang agak muda. Tetapi, semua pemain amat ghairah untuk bermain dan belajar daripada jurulatih.



"Pasukan kami sangat rapat dan saya rasa kami sudah bersedia menentang Singapura esok."




"Kami tidak tahu banyak tentang pasukan Hong Kong dan mereka juga tidak begitu kenal kami (kerana kurang beraksi akibat pandemik Covid-19). Jadi, ia akan menjadi perlawanan menarik untuk menguji pemain kami, malah juga untuk jurulatih menyusun taktik menentang satu sama lain. Esok, kami akan turun padang dan mahu menunjukkan gaya permainan kami. Mudah-mudahan kami dapat keputusan baik."
- Jurulatih pasukan Bawah 22 Tahun Singapura, Philippe Aw.




PIALA MERLION 2023



24 MAC

- 5 ptg

Kemboja lwn Malaysia



- 8.30 mlm

Singapura lwn Hong Kong



26 MAC

- 5 ptg

Perlawanan tempat ketiga/keempat



- 8.30 mlm

Perlawanan akhir



TEMPAT

- Semua perlawanan di Stadium Jalan Besar



TIKET



- Kategori 1 berharga $12 untuk dewasa dan $8 bagi bagi warga berumur 60 tahun dan ke atas serta pelajar 16 tahun dan ke bawah



- Kategori 2 berharga $10 dan $6.



- Boleh dibeli dalam talian menerusi laman web FAS, www.fas.org.sg/tickets.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >