Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perpisahan penuh emosi bagi Jurgen Klopp

May 20, 2024 | 4:10 PM
Jurgen Klopp
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mengucapkan selamat tinggal terakhir beliau kepada penyokong Liverpool selepas kemenangan 2-0 mereka ke atas Wolverhampton Wanderers pada 19 Mei. Klopp berjaya mendapatkan tujuh piala utama bagi Liverpool sepanjang hampir sembilan tahun di Liverpool. - Foto AFP

ANFIELD: Jurgen Klopp membuktikan kenyataannya semasa memulakan kerjaya di Liverpool bahawa pandangan penyokong terhadapnya semasa beliau tiba tidak penting, pencapaian sebenarnya ialah pandangan mereka apabila beliau meninggalkan kelab itu.

Dengan wajah berseri-seri semasa meninggalkan padang memasuki terowong buat kali terakhir pada 19 Mei, pengurus asal Jerman itu tidak ragu-ragu tentang perasaan penyokong dan legasi yang beliau tinggalkan di Liverpool.

Dari saat ribuan peminat Liverpool berjemur di bawah sinar matahari di Anfield Road beberapa jam sebelum perlawanan, menunggu bagi menyambut Klopp buat kali terakhir, hingga beliau mengambil tempat di hadapan pasukan kali akhir, ia suasana penuh emosi.

Liverpool mengakhiri musim ini di tempat ketiga liga selepas mengalahkan Wolverhampton 2-0, dan menjuarai Piala Carabao. Ia kemenangan ke-299 Klopp dalam 491 perlawanan, dan dalam 167 perlawanan di Anfield, beliau hanya kalah 12.

“Saya sangat gembira. Saya tidak percaya,” kata Klopp.

Pengurus baru Arne Slot ada tanggungjawab besar menggantikan Klopp – yang memenangi Piala Liga Juara-Juara, EPL, Piala Dunia Kelab, Piala Super UEFA, dua Piala Liga, dan Piala Carabao bagi Liverpool. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg