Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liverpool jadi pilihan juarai liga: Guardiola

Apr 01, 2024 | 04:25 PM



MANCHESTER: Pep Guardiola berkata pendahulu Liga Perdana, Liverpool, adalah pasukan pilihan untuk merangkul gelaran juara setelah anak buahnya, Manchester City, seri 0-0 dengan Arsenal, pada 31 Mac.


Liverpool mempunyai kelebihan dua mata di atas Gunners selepas mengalahkan Brighton 2-1 di Anfield, dengan City satu mata ketinggalan Arsenal di tangga ketiga.


“Siapa yang berada di tangga pertama selalunya menjadi pasukan pilihan,” kata Guardiola ketika ditanya sama ada Liverpool menjadi “pasukan pilihan yang jelas” untuk menjuarai liga.

“Pasukan pilihan kedua adalah Arsenal dan kami yang ketiga. Kemenangan bukan di tangan kami.”

City, yang bakal berdepan Aston Villa, di laman sendiri pada 3 April, menyasarkan untuk meraih kejuaraan keempat berturut-turut dan ‘treble’ (tiga piala dalam semusim) kedua berturut-turut mereka.

“Selalu apabila kami berada di puncak liga, kami adalah pasukan pilihan (untuk menang),” tambah Guardiola. “Ia berada di tangan kami. Sekarang tidak. Itu hakikatnya.”

Keputusan seri pada 31 Mac di Stadium Etihad bermakna Arsenal gagal memenangi perlawanan Liga Perdana buat kali pertama pada 2024, tetapi Mikel Arteta berpuas hati dengan kutipan satu mata menentang pasukan yang beliau gelar sebagai “terbaik di dunia, setakat ini”.

“Mereka mempunyai pengurus terbaik di dunia setakat ini,” tambah Arteta. “Untuk mengejar dan cuba menjadi lebih baik daripada mereka adalah cabaran di hadapan kami.

“Anda mahu menang perlawanan. Anda bersedia memenanginya. Jika anda tidak boleh memenanginya, pastikan anda mendapat keputusan seri. Kami melakukannya.”

City berada pada prestasi yang mengagumkan selepas Krismas. Mereka mempunyai 10 kemenangan daripada 14 perlawanan liga sejak kalah 0-1 kepada Aston Villa pada awal Disember.

Bagi Liverpool, kekalahan 1-3 di Arsenal pada 4 Februari kekal sebagai satu-satunya kekalahan liga mereka dalam 10 perlawanan setakat ini pada 2024.

Pasukan Jurgen Klopp masih mempunyai perlawanan derby Merseyside di Goodison Park menentang Everton dalam jadual yang padat.

“Kami hanya perlu memenangi perlawanan kami dan lihat di mana kesudahannya,” kata Klopp.

Terdapat beberapa perlumbaan tiga penjuru bagi kejuaraan Liga Perdana, yang menyaksikan hanya dua mata memisahkan pasukan pendahulu menjelang akhir musim yang menampilkan 38 perlawanan.

2013-14: Selewat 6 Mei 2014, hanya dua mata memisahkan Liverpool, Manchester City dan Chelsea, tetapi City menang dengan kelebihan satu perlawanan untuk melompat ke atas Liverpool yang tersandung – disebabkan oleh detik tergelincir Steven Gerrard yang tidak dilupakan ramai menentang Chelsea dan kebangkitan semula Crystal Palace – untuk merampas gelaran itu.


2001-02: Pada 23 April 2002, Arsenal mendahului Liverpool dengan satu mata dengan Manchester United satu mata lagi di belakang. Tetapi Arsenal mempunyai kelebihan satu perlawanan dan di tengah-tengah prestasi 11 kemenangan berturut-turut mereka dan melakar kejuaraan dengan menewaskan United di Old Trafford.


1995-96: Pada pertengahan Mac, dengan baki lapan perlawanan, Manchester United menyamai 61 mata dengan Newcastle, dan Liverpool mempunyai 59 mata di tempat ketiga. Walaupun telah bermain dua lagi perlawanan, pasukan Sir Alex Ferguson menyaingi cabaran Magpies kendalian Kevin Keegan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >