Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Persatuan Bola Sepak Melayu S’pura azam juarai Piala Kelab DiRaja Selangor sekali lagi

Jul 23, 2023 | 05:30 AM



Padang latihan berlumpur dan lecak akibat hujan, namun ia tidak mematahkan semangat pemain Persatuan Bola Sepak Melayu Singapura (PBMS) yang berazam untuk digelar juara Piala Kelab DiRaja Selangor sekali lagi.

Sebaliknya, mereka gigih berlatih di padang bersebelahan Kelab Masyarakat Kampong Kembangan itu pada Khamis malam sebagai sebahagian daripada persiapan untuk edisi ke-21 pertandingan itu bulan depan.

Pertandingan bola sepak tujuh sepasuk itu akan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos di Sports Annex Kelab DiRaja Selangor di wilayah Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

PBMS telah diundang menyertai beberapa pertandingan berprestij di Malaysia setiap tahun. Ini termasuk Piala Emas Raja-Raja dan Piala Kelab DiRaja Selangor.

PBMS pernah 12 kali menjuarai Piala Emas Raja-Raja, kali terakhir pada 1983. Mereka juga pernah menjuarai Piala Kelab DiRaja Selangor tiga tahun berturut-turut antara 2007 dengan 2009, dan naib juara pada 2010.

Justeru, dengan hasrat merebut gelaran juara sekali lagi, pemain PBMS yang turun padang pada Khamis giat berlatih walau letih selepas balik kerja.

Lengkap berpakaian sukan dan but bola sepak, mereka berlatih dengan serius dan mengikut arahan jurulatih Johari Zakaria yang dilihat meneliti teknik dan kecergasan anak buahnya.

Walaupun seluruh pasukan ingin digelar juara sekali lagi, Johari mengakui ia satu cabaran sukar dari segi persaingan dan kewangan.

“Memang kita mahu memenangi pertandingan itu tetapi ia tidak mudah. Terdapat pasukan lain yang berpengalaman dan handal dari segi fizikal dan teknikal.

“Kita pernah menjadi juara sebelum ini, tiga tahun berturut-turut. Jadi saya percaya kita boleh mencapai kejayaan itu sekali lagi.

“Kita hanya perlu memberi segala-galanya dan menumpukan perhatian pada perlawanan satu persatu,” katanya.

Beliau menambah bahawa ini kali pertama sejak pandemik Covid-19 PBMS menerima undangan menyertai pertandingan. Sebelum bersetuju menyertai pertandingan itu, seluruh pasukan berbincang dan menimbangkan isu kewangan.

“Alhamdulillah, kami menerima tajaan daripada syarikat Assalamualaikum Movers. Walaupun ia tidak meliputi keseluruhan kos kemasukan pertandingan, ia mampu menampung kos perjalanan dan logistik jadi kita bersyukur,” ujar Johari.

Seramai 21 pemain PBMS akan membuat perjalanan ke seberang Tambak pada 4 Ogos dengan 10 daripada mereka akan bertanding dalam kategori ‘Masters’ bagi pemain berusia 40-49 tahun, dan 11 lagi bertanding dalam kategori ‘Grand Masters’ bagi pemain berusia 50 tahun ke atas.

Antara mereka adalah bekas pemain nasional, Ishamudin Bharoocha, sebahagian daripada pasukan PBMS yang akan bertanding dalam kategori ‘Grand Masters’.

Ishamudin berkata: “Kami menyertai pertandingan ini kerana mahu menunjukkan bahawa PBMS masih wujud, ghairah untuk bola sepak mewakili golongan Melayu Singapura dalam pertandingan ini. Kalau bukan kita, siapa lagi?”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >