Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘Perses II’ dibentuk; fokus sediakan kepimpinan,tadbir urus stabil

Dec 18, 2023 | 08:45 PM



Penubuhan Konfederasi Sepak Takraw Singapura (CSS) atau Perses II bukanlah satu percubaan untuk merampas kedudukan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) sebagai Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bagi sepak takraw di Singapura, kata Encik Mohamed Salim Ebrahim Marican, presiden sementara CSS.

Malah, ia bertujuan untuk memberi tumpuan bagi menyediakan kepimpinan dan tadbir urus yang stabil dan berkesan buat sukan tersebut, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Disember.

“Perses II berusaha untuk melengkapkan dan meningkatkan tadbir urus sukan itu, memastikan pertumbuhan dan perkembangan berterusannya,” kata Encik Mohamed Salim.

Pada November, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) mengejutkan masyarakat sepak takraw dengan menamatkan keahlian Perses.

Istaf berkata ia menamatkan keahlian Perses dalam persekutuan dunia itu kerana “salah laku serius dalam kepimpinan Perses”.

Menyusuli perlucutan itu, satu gabungan melibatkan 10 persatuan sepak takraw, bersama Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN), telah mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Persatuan (ROS) untuk pembentukan Konfederasi Sepak Takraw Singapura.

“Tindakan ini menekankan keperluannya untuk tadbir urus yang diperbaharui dalam sepak takraw di Singapura,” kata Encik Mohamed Salim.

Berikutan penggantungan kepimpinan Perses, Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) telah membentuk Jawatankuasa Persiapan Pertandingan Utama (MGPC) bagi menjaga kepentingan pemain sepak takraw Singapura dan memastikan mereka dapat meneruskan latihan bagi pertandingan utama.

“Perses II berdedikasi untuk mewujudkan struktur tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab.

“Ini termasuk memupuk persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan dan kejayaan sepak takraw, dengan penekanan kepada kebajikan atlet dan promosi sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” ujar Encik Mohamed Salim.

Beliau menambah penubuhan CSS dan MGPC menandakan detik penting dalam sejarah sepak takraw di Singapura.

“Perkembangan ini mencerminkan usaha kolektif untuk mengatasi cabaran semasa dan mewujudkan asas yang kukuh untuk masa depan sukan ini.

“Komitmen terhadap kerjasama dan perpaduan dalam kalangan semua pihak berkepentingan adalah kunci untuk memastikan perubahan dan kemakmuran sepak takraw di Singapura,” tambah Encik Mohamed Salim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >