Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pertandingan tiga-penjuru wanita: S'pura mahu tunjuk kemajuan semasa berdepan Seychelles

Apr 03, 2022 | 03:38 PM



KEMAJUAN persembahan menjadi keutamaan jurulatih pasukan nasional bola sepak wanita Singapura Stephen Ng di siri perlawanan persabahatan ‘A’ Tiga Negara Wanita Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mulai Isnin (4 April), dengan pendedahan menentang pasukan antarabangsa bertujuan memperkukuhkan lagi persiapan pasukan wanita Singa menjelang Sukan SEA 2022 bulan depan.



Singapura, yang menduduki tangga 135 dunia, bakal membuat penampilan pertamanya sejak 2003 di edisi Hanoi temasya sukan Asia Tenggara itu tahun ini.



Sebagai persiapan, pasukan wanita Singa akan berdepan Seychelles, yang tidak tersenarai dalam ranking dunia, esok di Stadium Jalan Besar, sebelum bertemu Papua New Guinea, pasukan nombor 49 dunia, pada 11 April.



Pertembungan antara Seychelles dan Papua New Guinea pula akan diadakan 8 April.



Ng, 51 tahun, di satu sidang media praperlawanan tengahari ini, berkata: “Pemain semakin serasi dengan satu sama lain. Ia adalah peningkatan baik berbanding tahun lalu (di kelayakan Piala Asia Wanita)...dan kami mahu terus menunjukkan kemajuan.”



Di kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Tajikistan September lalu, Singapura kalah tipis 0-1 dalam kedua-dua perlawanan mereka menentang Indonesia, pasukan nombor 96 dunia.



“Jadi, tujuan perlawanan ini adalah untuk melihat bagaimana kami dapat mempersiapkan diri untuk Sukan SEA. Kami memerlukan pendedahan bermain dalam perlawanan antarabangsa untuk bersiap sedia bersaing dalam temasya sukan besar seperti Sukan SEA,” kata Ng.

Skuad Ng turut dirangsang dengan beberapa pemain berpangkalan luar negara Singapura, Putri Syaliza Sazali dan Danelle Tan, yang kembali menyertai pasukan Khamis lalu.



Putri, 19 tahun, adalah mahasiswi Kolej Eastern Florida States di Amerika Syarikat, manakala Tan, 17 tahun, menuntut di Sekolah Mill Hill di England. Ng menambah bahawa beliau sasar membawa masuk dua lagi pemain berpangkalan luar negara, Rosnani Azman (Jepun) dan Nicole Lim (Scotland) ke dalam skuadnya untuk Sukan SEA.



Naib kapten Singapura, Stephanie Dominguez, 23 tahun, pula teruja untuk pasukan menunjuk taring di depan penyokong tempatan.



“Ini kali pertama dalam empat tahun kami dapat bermain di depan awam. Jadi, ia mengghairahkan untuk melihat sokongan peminat di stadium, dan menunjukkan kepada mereka kemajuan kami sejak beberapa tahun ini,” penyerang kelab wanita Still Aerion itu.



Sementara itu, jurulatih pasukan nasional wanita Seychelles Angeline Chua, yang juga merupakan bekas pemain antarabangsa Singapura, menepis memiliki kelebihan besar berdepan negara asalnya.



Chua, 33 tahun, yang telah menyarung jersi Singa 32 kali pada 2007 hingga 2019, berkata:



“Sejak saya kurang terlibat dalam skuad nasional pada 2019, pasukan Singapura telah menyaksikan banyak perubahan. Singapura kini membariskan ramai pemain muda dan gaya permainannya juga sudah berubah dalam beberapa tahun lalu. Mungkin sedikit kelebihan adalah saya kenal beberapa pemain (senior).



“Tapi, perlawanan ini adalah baik bagi pembangunan kedua-dua pasukan yang mahukan pendedahan...Kami akan memberikan tantangan hebat dan bersaing sebaiknya di padang nanti.”



Pasukan negara Afrika itu dijangka mencipta sejarah, dengan keputusan malam esok berpotensi memberi Seychelles ranking Fifa sulung mereka.



Kapten Seyhelles Pascallina Moustache, berkata: “Untuk meraih ranking itu esok, ia akan menjadi satu detik bersejarah buat Seychelles.



"Ia terutamanya amat bermakna untuk saya sebab saya sudah mencecah usia 30 tahun. Mungkin saya ada lima tahun lagi untuk bermain jadi saya gembira dapat menjadi sebahagian pasukan ini sekarang.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >