LONDON: Anthony Joshua telah menandatangani perjanjian untuk bertarung dengan seorang lagi bekas juara ‘heavyweight’ dunia, Tyson Fury, demikian diumumkan oleh penganjur sukan, Eddie Hearn.

Joshua, yang tidak lagi turun ke gelanggang sejak beliau, sebagai penumpang, terlibat dalam satu kemalangan kereta pada Disember 2025, akan terlebih dahulu melakukan aksi kemunculan semula menentang petinju Albania, Kristian Prenga, di Riyadh, Arab Saudi, pada 25 Julai.