Mayweather, Pacquiao kembali bertarung di Las Vegas Sept

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayweather, Pacquiao kembali bertarung di Las Vegas Sept

Feb 24, 2026 | 1:31 PM

Mayweather, Pacquiao kembali bertarung di Las Vegas Sept

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tinju, Floyd Mayweather, Manny Pacquiao, rematch
Floyd Mayweather (kiri) telah mengalahkan Manny Pacquiao dalam pertemuan mereka pada 2015 yang disifatkan sebagai pertarungan terhebat abad ini. - Foto REUTERS

LOS ANGELES (Amerika Syarikat): Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao akan bertemu dalam perlawanan semula yang amat dinanti-nantikan bagi satu pertarungan yang dijangka menjana kutipan tertinggi dalam sejarah tinju, pada September ini di Sphere di Las Vegas, umum Netflix pada 23 Februari.

Berita pertemuan dua jaguh dunia tinju itu – yang terkenal dengan pertarungan blokbuster pada 2015 – muncul beberapa hari selepas Mayweather mengumumkan bahawa beliau akan keluar daripada persaraan.

Kedua-dua petinju itu kini berusia lewat 40-an tahun.

Menurut jadual, perlawanan semula itu akan disiarkan secara langsung pada 19 September di Netflix, sedang platform penstriman global itu semakin beralih kepada sukan secara langsung dengan acara-acara sekali sahaja yang gemilang.

“Floyd dan saya akan memberikan kepada dunia apa yang masih menjadi pertarungan terbesar dalam sejarah tinju.

“Peminat telah menunggu cukup lama dan kerana itu mereka layak menyaksikan perlawanan semula ini,” kata Pacquiao, 47 tahun, dalam satu kenyataan bersama.

Mayweather mengalahkan Pacquiao dalam apa yang dianggap pertarungan terhebat abad ini pada 2015 yang telah menghasilkan pungutan begitu lumayan – rekod 4.6 juta pembelian untuk tontonan bagi acara eksklusif itu.

Mayweather dipercayai telah memperoleh anggaran AS$300 juta ($380 juta) daripada kemenangan sebulat suara ke atas ikon Filipina itu, dalam pertarungan yang kekal sebagai yang paling lumayan dalam sejarah dan menjana pendapatan lebih AS$600 juta.

Tidak diketahui berapa jumlah yang diterima Pacquiao.

Mayweather, bekas juara tinju pelbagai kategori berat dunia, bersara daripada sukan itu pada 2017, tanpa kalah dalam 50 pertarungan.

Namun sejak itu, beliau terus bertarung dalam siri pertunjukan, termasuk pertarungan yang akan datang pada musim bunga ini dengan Mike Tyson.

Pacquaio, yang juga juara dunia berganda, telah bersara untuk tempoh empat tahun dari 2021 untuk bertanding bagi jawatan presiden Filipina tetapi gagal.

Beliau keluar daripada persaraan pada 2025.

Khabar angin tentang perlawanan ulangan Mayweather-Pacquiao telah tersebar selama bertahun-tahun, dan spekulasi mengenainya telah melonjak berikutan pengumuman Mayweather baru-baru ini untuk kembali ke arena profesional pada 2026.

“Saya sudah bertarung dan mengalahkan Manny sekali.

“Kali ini akan memberi keputusan yang sama,” kata Mayweather dalam kenyataan itu.

Pacquiao menambah:

“Saya mahu Floyd hidup dengan satu kekalahan dalam rekod profesionalnya dan sentiasa ingat siapa yang mengalahkannya.”

Pertembungan itu akan menjadi perlawanan tinju profesional pertama yang berlangsung di Sphere, tempat untuk konsert dan filem yang dibuka pada 2023 dan menampilkan skrin imersif dengan lilitan 160,000 kaki persegi pada dinding dalamannya yang melengkung.

Perlawanan itu akan ditayangkan di seluruh dunia di Netflix, yang mempunyai kira-kira 325 juta pelanggan. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg