LONDON: Pengurus sementara Manchester United, Ryan Giggs, mungkin membuat kemunculan terakhir di Old Trafford sebagai pemain kelab itu apabila beliau memimpin pasukannya berdepan Hull City awal pagi esok.
Giggs, 40 tahun, pemain paling berjaya di Britain dari segi pungutan pingat, mungkin menyenaikan namanya sendiri bersama bintang veteran kelab itu seperti Rio Ferdinand, Nemanja Vidic dan Patrice Evra, yang sejak sekian lama menjadi tulang belakang kesebelasan utama pasukan United yang telah menguasai bola sepak England dan bersaing di Eropah. Kontrak kesemua mereka akan tamat akhir musim ini dan mereka dijangka beraksi buat kali terakhir di Teater Impian Old Tarfford buat kali terakhir.