Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERSIAPAN KE SUKAN SEA: SILAT

Pertemuan teliti teknik, peraturan baru

Mar 09, 2022 | 06:12 AM



EMPAT negara pendukung utama silat - Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei - akan mengadakan satu pertemuan khas hari ini untuk meneliti penganjuran Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) baru-baru ini.



Ini didedahkan Pengarah Besar Persekutuan Silat Antarabangsa (Persilat), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi).



Antara agenda pertemuan yang akan diadakan menerusi wadah Zoom itu adalah untuk memastikan semua anggota Persilat, terutama yang mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan silat, faham sejelas-jelasnya pelaksanaan teknik dan peraturan baru yang diperkenalkan dalam acara tanding.



Perubahan itu bertujuan menjadikan pertandingan lebih menarik, adil dan moden, selari dengan perkembangan teknologi.



Teknik dan peraturan baru yang diperkenalkan pada Februari tahun lalu itu buat julung-julung kalinya dilaksanakan dalam pertandingan sebenar dalam Kejohanan Pencak Silat SEA di Singapura yang berlangsung dari 25 hingga 27 Februari lalu.



Berita Harian turut menerima undangan menyertai pertemuan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >