Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pesilat masuk gelanggang semula

Kejohanan pertama sejak pandemik melanda dijangka disertai lebih 140 pesilat dari 10 kelab
Nov 19, 2021 | 05:30 AM



SETELAH hampir dua tahun tidak bertanding selepas acara kompetitif di dalam dan luar negeri tidak diadakan akibat Covid-19, atlet silat setempat akhirnya boleh melangkah semula ke gelanggang hujung minggu ini.



Esok pertandingan silat pertama sejak pandemik melanda akan dianjurkan oleh Persekutuan Silat Singapura (Persisi).



Dinamakan The Beginning: Rising To Greatness (RTG), pertandingan tiga hari itu turut disambung pada minggu hadapan.



Pusingan saringan dan suku akhir bagi acara tanding dan seni akan bermula esok.



Pusingan separuh akhir pula akan diadakan pada Sabtu depan (27 Nov), diikuti final pada Ahad berikut.



Semua acara diadakan di dewan sukan di Heartbeat@ Bedok.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican, memberitahu Berita Harian bahawa pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kelab silat setempat.



Seramai 149 peserta dari 10 kelab akan bersaing dalam 16 acara dalam kategori senior, bagi peserta berusia 17 tahun hingga 45 tahun; dan dalam 10 acara peringkat junior bagi peserta berusia 14 tahun hingga 16 tahun.



"Tahun lalu ketika Covid-19 menjejas teruk Singapura, semua aktiviti dan program kami terpaksa dihentikan," kata Sheik Alau'ddin, sambil menambah Persisi selalunya menganjurkan sekurang-kurangnya lima acara antarabangsa dan lima pertandingan tempatan, termasuk sesi ujian skuad nasional, dalam setahun sebelum pandemik melanda.



Tahun ini, beberapa pertandingan utama silat juga terpaksa dibatalkan atau ditunda - termasuk Kejohanan Silat Sedunia, Sukan Sea dan Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan.



"Keadaan tahun ini juga masih tidak menentu dan kami tidak pasti sama ada kami dibenarkan menganjur pertandingan... jadi sebaik kami mendapat kelulusan, kami teruja untuk kembali bertanding walaupun terdapat sekatan dan batasan."



Srikandi silat negara Syaza Insyirah Mohd Roslan, 22 tahun, berkata beliau menyambut baik pertandingan RTG ini kerana kali terakhir beliau memasuki gelanggang ialah di Kejohanan Silat Tertiari 2019, semasa mewakili Politeknik Singapura.



"Saya tidak meletakkan harapan tinggi apabila mendapat tahu tentang RTG kerana ada kemungkinan ia dibatalkan, seperti beberapa pertandingan lain," kata Syaza, yang akan beraksi dalam acara Tanding Kelas B Senior Wanita.



"Tetapi, apabila tarikh semakin hampir dan selepas melakukan persiapan, saya rasa gementar pula tetapi pada masa yang sama tak sabar masuk masuk gelanggang."



Langkah pengurusan selamat yang ketat perlu diawasi sepanjang RTG.



Antaranya, semua atlet, kakitangan dan pegawai harus divaksin sepenuhnya dan sentiasa memakai pelitup.



Atlet dibenarkan membuka pelitup ketika memanaskan badan dan semasa bertanding dalam gelanggang.



Setiap atlet juga diberikan masa 15 minit untuk meninggalkan kawasan pertandingan selepas acara mereka sebelum atlet lain memasuki kawasan yang sama, untuk mengurangkan interaksi.



Tiada penonton dibenarkan menyaksikan acara di gelanggang, tetapi ia akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Persisi.



"Tidak susah mematuhi langkah tersebut kerana ia sama seperti langkah pengurusan keselamatan yang biasa kami patuhi semasa tempoh kewaspadaan dipertingkat," ujar seorang lagi pesilat, Muhd Naufal Abdullah, 15 tahun, yang akan bersaing dalam acara Tanding Kelas F bahagian junior.




"Tahun lalu ketika Covid-19 menjejas teruk Singapura, semua aktiviti dan program kami terpaksa dihentikan... Keadaan tahun ini juga masih tidak menentu dan kami tidak pasti sama ada kami dibenarkan menganjur pertandingan... jadi sebaik kami mendapat kelulusan, kami teruja untuk kembali bertanding walaupun terdapat sekatan dan batasan."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persisi, Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >