USIA muda bukan penghalang bagi srikandi silat Singapura Nadhrah Sahrin menunjukkan taringnya di medan saingan terbesar sukan itu.
Nadhrah, 18 tahun, antara 19 pesilat Singapura yang bakal berentap dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia buat julung kalinya.
Singapura diwakili 30 pesilat dalam kejohanan di Melaka dari esok hingga 31 Julai itu.
Edisi ke-19 pertandingan dwitahunan itu dijadual berlangsung pada 2020 tetapi ditunda dua tahun dek pandemik Covid-19.
“Saya rasa gementar dan juga teruja sebab ini pertandingan besar antarabangsa pertama saya dalam kategori senior,” kata Nadhrah, yang bergiat dalam sukan taekwondo sebelum beralih ke silat pada usia lapan tahun.
“(Tapi) saya fikir kejohanan ini adalah peluang baik untuk mendedahkan diri bersaing menggunakan peraturan baru.”
Laporan penuh di Berita Harian esok (Isnin).
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
30
0
Pesilat muda SG teruja turun gelanggang antarabangsa
Jul 24, 2022 | 08:35 PM