Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SILAT

Pesilat negara giat buat persiapan hadapi 2 temasya utama

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



SKUAD pesilat Team Singapore kini giat mengadakan latihan pusat dan ghairah menghadapi cabaran dua pertandingan utama - Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-19 dan Sukan SEA Vietnam, yang bakal menjelang.



Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-19 dijadual berlangsung pada 20 hingga 26 Ogos ini di Sarawak, Malaysia, manakala Sukan SEA Ke-31 di Hanoi dari 21 November hingga 2 Disember.



Persekutuan Silat Singapura (Persisi) mendapat lampu hijau memulakan latihan pusat secara berperingkat ekoran aturan yang dikuatkuasakan untuk membendung pandemik Covid-19.



"Pada mulanya, menyusuli langkah pemutus rantaian jangkitan, skuad pesilat negara kembali berlatih pada 7 Julai secara dalam talian menerusi kaedah Zoom sehingga 27 Julai.



"Pasukan utama kemudian dibenarkan mengadakan latihan di dewan silat Heartbeat@Bedok pada 28 Julai sebelum mendapat lampu hijau berlatih di OCBC Arena bermula 15 September," kata ketua pegawai eksekutif Persisi Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Beliau menambah, kebenaran mengadakan latihan pusat secara bersemuka memberinya peluang memperbaiki hambatan yang dihadapi semasa mengadakan latihan secara dalam talian dan sekatan yang dikenakan.



Menjelaskan, beliau berkata: "Banyak yang perlu diperbaiki apabila saya dan pasukan jurulatih diberi kesempatan semula mengadakan latihan pusat untuk menghadapi kededua kejohanan utama ini.



"Kejohanan Pencak Silat Dunia dan Sukan SEA, selain Sukan Asia, adalah pertandingan utama yang menjadi fokus kami meskipun terdapat kejohanan-kejohanan serantau dan antarabangsa lain yang dirancang dalam jadual pertandingan Persisi. Jadi kami amat menitikberatkan aspek latihan.



"Walaupun diberi kebenaran berlatih di dewan, pergerakan dan bentuk latihan masih terhad atas sebab langkah-langkah keselamatan berhubung pandemik Covid-19.



"Dewan latihan hanya boleh menampung 50 orang dengan langkah jarak selamat 2 meter antara individu dan sentuhan atau body contact tidak dibenarkan.



"Apabila saya dan kakitangan jurulatih dapat bersemuka dengan atlet, kami dapat memberi tunjuk ajar yang tepat mengenai teknik-teknik pergerakan."



Ini, terang beliau, jauh berbeza daripada latihan secara dalam talian yang tidak membolehkan jurulatih memantau dengan baik latihan atlet dan ditambah pula dengan ketiadaan peralatan mencukupi di rumah.



Mengulas latihan pusat dan persiapan menghadapi kededua kejohanan itu, penolong kapten skuad negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin berkata beliau gembira dapat memulakan semula latihan intensif kerana latihan di rumah mula membosankan.



"Terdapat peraturan baru yang diperkenalkan dan saya berasa ghairah melihat bagaimana negara lain membuat penyesuaian. Saya berharap dapat melihat teknik-teknik baru dan berbeza.



"Saya juga ghairah dapat bertanding semula dan pastinya mahu membawa pulang pingat emas untuk negara," kata juara dunia acara tanding berusia 24 tahun itu, yang kini menjadi atlet sepenuh masa.



Rakannya, Nurul Suhaila Mohd Saiful, 26 tahun, juara dunia acara tanding wanita dan atlet sepenuh masa, berkongsi kegembiraan dapat berlatih bersama skuad negara.



"Sudah pasti saya berasa gembira dapat berlatih semula dengan rakan-rakan sepasukan saya dan mempunyai akses menggunakan lebih banyak peralatan dan kemudahan," ujar beliau.



Bagi Muhammad Iqbal Abdul Rahman, 27 tahun, yang juga atlet sepenuh masa, beliau menanti dengan penuh ghairah pertandingan yang diatur.



"Saya telah memenangi gelaran juara dunia saya yang pertama setelah berusaha merebutnya selama hampir 10 tahun. Ini peluang saya mempertahankannya.



"Saya akan memberi 100 peratus usaha dan mengharumkan nama negara," ujar beliau, yang memenangi gelaran juara dunia dalam acara seni kejohanan Pencak Silat Dunia ke-18 pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >