Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA HANOI

Pesilat siap juang demi negara

Selepas 2 tahun tanpa pertandingan luar negara akibat pandemik, wakil negara teruja tunjuk potensi apabila aksi di Sukan SEA Hanoi
May 08, 2022 | 05:30 AM



Dari Hanoi



SELEPAS dua tahun tanpa pertandingan luar negara dek pandemik Covid-19, perwira dan srikandi silat Singapura sudah bersedia untuk "terbang tinggi" dan menonjolkan ketangkasan mereka di arena antarabangsa.



Seramai 20 pesilat negara bakal beraksi dalam temasya Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, yang akan dibuka secara rasmi Khamis. Temasya sukan ini akan berjalan sehingga 23 Mei.



Singapura akan diwakili dalam 15 acara seni dan tanding, dengan kempen mereka bermula lusa.



Antara yang teruja untuk kembali bersaing di gelanggang Sukan SEA ialah juara dunia tiga kali, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin.



"Sukan SEA adalah kejohanan penuh makna sebab kami dapat bertanding secara satu kontinjen negara. Ia istimewa... kerana pingat yang anda raih bukan hanya berharga untuk silat tapi juga negara," kata Farhan, 24 tahun.



Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur merupakan kali terakhir beliau beraksi di pentas temasya sukan dwitahunan itu.



Di edisi tersebut, Farhan meraih pingat emas dalam kelas J (90-95kg) putera. Acara itu tidak dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina.



Februari lalu, Farhan turut menjuarai acara sama di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) di sini. Beliau sasar meneruskan penguasaannya di pentas Asia Tenggara apabila masuk gelanggang Sukan SEA Hanoi nanti.



"Tidak kira ia satu-satunya kejohanan atau satu daripada lima kejohanan pada tahun ini, ia sentiasa penting untuk menang pingat emas.



"Tiada makna untuk ke sana dan pulang dengan tangan kosong. Saya tidak dapat membawa diri ke sana dan sasar pingat perak atau gangsa sebab ia seakan memberitahu diri anda ia okay untuk kalah," tambah Farhan, yang juga diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Singapura di majlis pembukaan Sukan SEA.



Bagi pemenang pingat emas Sukan SEA 2019, Muhammad Hazim Mohd Yusli, temasya sukan kali ini boleh dianggap "pengalaman baru" untuknya.



Ini meskipun beliau mencipta detik membanggakan di Subic, Filipina, pada 2019 dengan meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di temasya sukan itu.



Namun, kali ini, Hazim, 20 tahun, akan beralih ke kelas tanding baru, kelas C (55-60kg) putera. Beliau sebelumnya bersaing dalam acara kelas B (50-55kg).



"Ia masih rasa seperti penampilan pertama saya di Sukan SEA sebab ada peraturan baru... dan saya juga naik ke kelas yang lebih berat," kata juara dunia 2018 itu.



Peraturan baru dalam acara tanding memberi kelonggaran kepada pesaing ketika menarik pakaian lawan sambil mereka cuba mengasak - menumbuk atau menendang - untuk meraih mata.



"Tapi, peralihan ke kelas baru ada kelebihannya sebab ia membolehkan saya fokus kepada kemahiran bertempur berbanding terlalu memikirkan tentang berat badan," tambahnya.



Di Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) baru-baru ini, Hazim, yang dijangkiti Covid-19 beberapa minggu sebelum itu, hanya mampu merangkul pingat gangsa dalam acara kelas C senior yang disertai tiga pesaing.



Justeru, Sukan SEA bulan ini dilihat sebagai peluang untuk beliau menebus persembahan sebelumnya.



"Saya agak kecewa dengan diri saya ketika tewas di separuh akhir... sejak itu, berlatih bersungguh-sungguh dengan harapan dapat menebus kekalahan itu," ujarnya.



Seorang lagi perwira negara yang ingin mempertahankan gelaran juaranya di Sukan SEA kelak ialah Muhammad Nazrul Mohd Kamal.



Nazrul, 23 tahun, yang meraih pingat emas dalam acara seni regu putera di edisi 2019, sasar mengulangi kejuaraan namun bersama dua ahli baru - juara dunia 2018 dalam acara seni tunggal, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, dan pendatang baru, Muhammadinil Mustafar Mohd Isa.



Di Sukan SEA 2019, Nazrul digandingkan bersama Hamillatu Arash Juffrie dan Nujaid Hasif Zainal Abidin. Namun, Nazrul tidak rasa kekok dengan gandingan baru itu malah sudah mendapat keserasiannya.



"Dengan abang Iqbal, kami pernah bertanding bersama sebelum ini. Jadi, kami sudah faham rutin persembahan satu sama lain.



"Bagi Mustafar, dia ada bakat dan rajin. Usahanya kini menyerlah dalam latihan," kata Nazrul sambil menambah trio pesilat itu telah disatukan awal tahun ini.



"Kami sebenarnya yakin untuk menjuarai acara. Tapi, dengan adanya 'musuh ketat' dan peraturan baru, ia pastinya mencabar dan kami akan dicabar," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >