LONDON: Petinju Britain, Amir Khan, berkata bahawa beliau adalah pencabar pilihan untuk menentang Manny Pacquiao bagi pertarungan terakhir sebelum legenda tinju Filipina itu "menggantung sarung tangannya".
Amir sebelum ini menyatakan pertarungan itu sesuatu yang "tidak akan berlaku" tetapi kini percaya terdapat "peluang besar" baginya berentap dengan bekas juara tujuh kelas dunia itu.