Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Phnom Penh diselubungi suasana temasya

May 03, 2023 | 05:30 AM



SUASANA meriah yang menyambut ketibaan Sukan SEA ke-32 di Kemboja buat julung-julung kalinya boleh dirasakan di ibu kota negara itu, Phnom Penh.



Ke mana saja anda berpaling, anda akan melihat sepanduk atau kain rentang menguar-uarkan temasya sukan dwitahunan itu.



Antara yang paling menarik perhatian ialah pintu gerbang gergasi yang berdiri megah merentangi jalan raya yang sibuk.



Pemerintah Kemboja membuat rancangan serba gah dan membelanjakan jutaan dolar untuk menganjurkan temasya sukan yang mengumpulkan atlet terbaik dari negara Asia Tenggara dari 5 hingga 17 Mei untuk beradu dalam 37 jenis sukan.



Dalam satu siaran rasmi di media sosial, Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, berkata negara itu menghabiskan beberapa tahun untuk merancang temasya sukan itu dan kini berharap ia dapat dinikmati rakyat negara itu dan Asia Tenggara yang lain



Tiket bagi semua acara diagih secara percuma dan pemerintah Kemboja juga memberi hak penyiaran percuma di dalam dan luar negara, menerusi Agensi Berita Vietnam (VNA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >