HOME United menyemarakkan semula kempen Piala Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) setelah menewaskan Lao Toyota 1-0, meskipun kemenangan itu tidak dapat mengatasi keprihatinan mengenai kekuatan benteng serangan kelab tersebut.
Kemenangan itu diperolehi hasil gol daripada pemain pertahanan Abdil Qaiyyim, di depan lebih 1,200 penyokong di Stadium Jalan Besar Isnin lalu.