Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF: Singapura atasi Myanmar 3-2

Dec 24, 2022 | 08:26 PM



PASUKAN Singa bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Myanmar 3-2 dalam aksi pembukaan Piala AFF 2022 mereka yang sengit di Stadium Jalan Besar pada Sabtu (24 Disember).


Gol Ilhan Fandi, Shah Shahiran dan Shawal Anuar cukup untuk memberi Singapura tiga mata pertama mereka dalam kempen kali ini.





Kemenangan malam ini menempatkannya di tangga kedua - di belakang pendahulu Vietnam - dalam Kumpulan B seramai lima pasukan, sebelum perlawanan antara Malaysia dengan Laos malam ini.


Jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya, dalam penampilan sulungnya di Piala AFF, mengekalkan barisan pemain yang hampir sama seperti dalam kemenangan 3-1 perlawanan persahabatan menentang Myanmar Sabtu lalu.


Ini kecuali menurunkan Shawal Anuar dan Faris Ramli sebagai pengganti Ikhsan Fandi dan Adam Swandi, yang terlepas beraksi dalam kejohanan setelah mengalami kecederaan lutut minggu lalu.


Penjaga gol Hassan Sunny dan pemain bek tengah Irfan Fandi pula tidak disertakan dalam skuad kerana dikenakan penggantungan setelah dilayangkan kad merah pada perlawanan terakhir edisi lalu.


Di depan 5,370 penyokong malam ini, Singapura rancak memulakan perlawanan hasil gabungan kepantasan trio penyerang Ilhan, Shawal dan Faris.


Tetapi, sebaliknya, Myanmar mendahului kedudukan menerusi serangan balas.

Kapten Myanmar Mg Mg Lwin meledakkan rembatan ke sudut atas gawang untuk mengatasi penjaga gol Singa Zaiful Nizam pada minit ke-34.


Singapura menemui gol penyamaan sebelum waktu rehat apabila Ilhan menanduk masuk hantaran Christopher Van Huizen.





Tandukan itu juga merupakan gol sulung Ilhan, 20 tahun, dalam Piala AFF - iaitu juga gol keduanya dalam enam penampilan untuk Singapura.


Namun, nasib Ilhan dan Singapura mungkin berbeza tiga minit sebelum itu.

Kepala Ilhan bertembung lutut penjaga gol Myanmar Myo Min Latt, dan kedua-dua pemain dilihat terbaring di padang dalam kesakitan.


Ilhan pada awalnya kelihatan rebah - dengan rakan sepasukan menggesa ahli fisioterapi masuk segera ke dalam padang - tetapi kemudian bangkit dan dinilai sihat untuk terus beraksi.


Singapura meneruskan rentak mereka dalam babak kedua dan tidak menunggu lama untuk merampas kedudukan.



Gol melambung Shah dari jarak jauh - yang pertamanya untuk Singapura - gagal diselamatkan Myo sekali gus meletakkan pasukan Singa di depan empat minit dalam separuh kedua.


Myanmar tidak menyerah kalah dan pada minit ke-66, Myo sekali lagi tajam di depan gawang untuk menjaringkan gol keduanya malam ini.



Singapura bagaimanapun kembali mendahului saingan.


Hantaran jauh Zaiful menjumpai Shawal yang menembusi pertahanan Myanmar dan menjaringkan gol kemenangan Singapura. 





Myanmar kemudian beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Nanda Kyaw dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Singapura.


Pasukan Singa mengalami beberapa detik yang mendebarkan pada hujung perlawanan namun benteng pertahanannya kekal teguh untuk menjamin kemenangan pertama Nishigaya dalam Piala AFF.


Singapura seterusnya berdepan Laos di Stadium Nasional Baru Laos Selasa ini, sebelum pulang ke tanah air untuk menentang Vietnam tiga hari kemudian.

Pasukan Singa menamatkan saingan Kumpulan B mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil di Malaysia pada 3 Januari ini.



Hanya dua pasukan terbaik dalam kumpulan mara ke separuh akhir.


Singapura dalam edisi Piala AFF 2020, yang ditunda kepada tahun lalu dek pandemik, berjaya ke separuh akhir buat kali pertama  sejak kali terakhir bergelar juara kejohanan pada 2012.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >