Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF: Singapura dan Vietnam seri 0-0

Dec 30, 2022 | 10:50 PM



PASUKAN Singapura berjaya mendapatkan mata penting dalam pemburuan mereka untuk layak ke separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 setelah seri 0-0 dengan Vietnam di Stadium Jalan Besar pada Jumaat (30 Disember).



Keputusan malam ini bermakna hanya satu mata memisahkan tiga pasukan teratas Kumpulan B sekali gus membawa saingan untuk menentukan pasukan mana yang layak ke separuh akhir ke aksi pusingan kumpulan terakhir Selasa ini.



Hanya dua pasukan terbaik kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati itu.



Singapura dan Vietnam kini terikat pada tujuh mata selepas tiga perlawanan.



Namun, Vietnam mendahului tangga Kumpulan B seramai lima pasukan, berdasarkan perbezaan gol.



Malaysia pula menghuni tempat ketiga dengan enam mata.



Singapura seterusnya bertemu musuh seberang Tambak, Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada Selasa, manakala Vietnam menjadi tuan rumah kepada Myanmar di Hanoi.



Satu lagi pasukan dalam Kumpulan B, Laos, sudah tersingkir dari kejohanan.



Pasukan Singa harus sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri apabila menentang Harimau Malaya untuk mengulangi persembahan separuh akhir mereka dalam edisi Piala AFF 2020, yang diadakan tahun lepas dek pandemik.



Bagaimanapun, jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya mungkin akan kehilangan Ilhan Fandi apabila berdepan dengan Malaysia selepas penyerang itu mengalami kecederaan pada lutut kirinya lapan minit sebelum waktu rehat.



Ketika bergelut bersama pemain Vietnam untuk mendapatkan bola di depan gol lawan, Ilhan, 20 tahun, dilihat tergelincir dan kemudian jatuh dan memegang lututnya dalam kesakitan.



Beliau juga dilihat menangis tetapi berjaya bangkit untuk meneruskan perlawanan selepas lututnya dibalut.



Keberanian belia itu untuk terus beraksi bagaimanapun tidak bertahan lama.



Ilhan, yang jelas kelihatan kecewa sambil menggelengkan kepalanya, dikeluarkan seminit sebelum waktu rehat dan digantikan oleh Shawal Anuar pada babak kedua.



Insiden Ilhan itu berlaku dalam kawasan sama ketika abangnya, Ikhsan, mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan persahabatan Singapura menentang Maldives di stadium sama dua minggu lalu.



Ikhsan telah menjalani pembedahan bagi kecederaan itu dan terlepas beraksi dalam kejohanan.



Malam ini, Nishigaya membuat lima perubahan pada barisan pemainnya daripada kemenangan 2-0 ke atas Laos pada Selasa lalu.



Shakir Hamzah, Christopher Van Huizen, M. Anumanthan dan Shah Shahiran kembali diturunkan dalam kesebelasan utama, manakala Ryhan Stewart mendapat kepercayaan Nishigaya untuk memulakan perlawanan buat pertama kali dalam Piala AFF.



Nishigaya menyusun formasi 5-4-1 yang lebih defensif menentang pasukan Vietnam, yang kuat menyerang.



Strategi itu berhasil dengan benteng Singapura kekal teguh pada 45 minit pertama perlawanan, walaupun Vietnam bertubi-tubi mengatur serangan.



Singapura tidak kurangnya memiliki peluang jaringan mereka sendiri menerusi serangan balas tetapi kurang tajam menemui sasaran.



Separuh kedua menyaksikan saingan yang sama antara kedua-dua pasukan, dengan Vietnam giat menyerang pertahanan Singapura untuk mencari gol kemenangan.



Namun, pasukan Singa bermatian-matian menahan benteng hingga ke wisel penamat untuk melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada tiga perlawanan dalam kempen kali ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >