Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF: Singapura tersingkir selepas tewas 1-4 di tangan Malaysia

Jan 03, 2023 | 10:36 PM



KEMPEN Singapura dalam Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 berakhir selepas pasukan Singa tumbang 1-4 di tangan musuh tradisi Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selesa (3 Januari).



Tandukan pemain Malaysia Darren Lok pada babak pertama dan tiga gol separuh kedua - dua gol Stuart Wilkin dalam tempoh empat minit dan gol lewat Sergio Aguero - menghantar pasukan Harimau Malaya ke separuh akhir dua pusingan berdepan juara bertahan Thailand.



Keputusan malam ini bermakna Malaysia melonjak ke tangga kedua Kumpulan B dengan sembilan mata daripada empat perlawanan - dua mata di depan Singapura.



Vietnam menjuarai kumpulan dengan mengumpul 10 mata, selepas menang 3-0 ke atas Myanmar di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi. 



Hanya dua pasukan teratas kumpulan mara ke separuh akhir.



Di stadium riuh dipenuhi 65,147 penonton, jurulatih Singapura Takayuki Nishigaya membuat tiga perubahan pada kesebelasan utamanya walaupun mengekalkan corak permainan 5-4-1 yang sama dalam perlawanan seri tanpa gol menentang Vietnam di Stadium Jalan Besar empat hari lalu.



Pemain bek sayap Hafiz Nor dan pemain midfield Song Uiyoung kembali diturunkan, manakala Amy Recha dimainkan sebagai penyerang tunggal Singa untuk menggantikan Ilhan Fandi.



Ilhan, yang mengalami kecederaan lutut dalam perlawanan sebelumnya, disertakan dalam skuad meskipun dilihat tidak memanaskan badan bersama rakan sepasukan lain.



Seperti dalam aksi Jumaat lalu, Singapura beraksi lebih defensif, manakala Malaysia, yang memerlukan kemenangan malam ini, menyusun serangan bertubi-tubi dari minit pertama perlawanan.



Anak didik Nishigaya mampu bertahan selama 35 minit, dengan penjaga gol Hassan Sunny beraksi cemerlang untuk menghalang beberapa rembatan Malaysia. 



Namun, kecuaian ketika membawa bola keluar dari bahagian pertahanan 10 minit sebelum waktu rehat menghadiahkan Malaysia jaringan gol.



Hantaran lintang Safawi Rashid dari sayap kanan menjumpai Lok, yang menanduk gol pertama pasukan tuan rumah.



Malaysia meneruskan rentak mereka dalam babak kedua dan menambah jaringan mereka lima minit selepas waktu rehat.



Wilkin membolosi gawang Hassan dua kali dalam tempoh empat minit, sebelum gol Aguero pada minit ke-88 menambah derita Singapura.



Pasukan Singa cuba bangkit dari ketinggalan tetapi gol Faris Ramli pada minit ke-85 hanyalah saguhati untuk dibawa pulang ke tanah air.



Kegagalan Singapura ke separuh akhir itu melanjutkan kemarau negara untuk menjulang trofi kejuaraan Piala AFF.



Singapura, juara empat kali, terakhir memenanginya pada edisi 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >