Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF Suzuki: Hampir 80% tiket bagi warga S'pura terjual, tiket lawan Myanmar, Thailand habis

Dec 02, 2021 | 07:27 PM



HAMPIR 80 peratus tiket Piala AFF Suzuki yang diperuntuk bagi warga Singapura telah terjual, dengan tiket bagi dua perlawanan Singapura – dengan Myanmar dan Thailand – habis dijual, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).



Warga Singapura diberikan keutamaan untuk membeli tiket sejak Ahad lalu, tiga hari sebelum tiket mula dijual kepada penonton lain. 



Di peringkat kumpulan, dua perlawanan akan diadakan sehari dan tiket bagi peringkat tersebut, yang dijual pada harga $25 (dewasa) dan $15 (kanak-kanak) membolehkan penonton menyaksikan kededua perlawanan itu.



Difahami, 10,000 penonton dibenarkan di Stadium Negara – yang boleh menampung 55,000 orang – bagi setiap hari perlawanan. Kebanyakan perlawanan Kumpulan A akan diadakan di sana.

Stadium Bishan pula, yang menjadi lokasi utama bagi perlawanan Kumpulan B, difahami boleh dimasuki 1,000 penonton bagi setiap hari perlawanan. 



Dalam kenyataannya pada Khamis (2 Disember) FAS  berkata mereka yang membeli tiket bagi menonton perlawanan kumpulan melibatkan Singapura sebagai satu pakej juga akan menikmati potongan harga 20 peratus.



“Kami berbesar hati kerana sebahagian besar penyokong Singapura tahu mengenai perkara ini dan telah membeli tiket secara awal. Ini sebabnya hampir 80 peratus tiket yang diperuntuk bagi penyokong Singapura telah dibeli. Tiket bagi perlawanan pembukaan dengan Myanmar dan perlawanan kumpulan terakhir dengan Thailand, terutamanya, juga telah habis dijual,” kata FAS, yang berkata ia menggalak peminat tiba awal di stadium pada Ahad ini untuk menyaksikan upacara pembukaan yang bermula pada 7.15 malam.



Dalam pada itu, FAS juga memberi respons terhadap pertanyaan media berhubung isu yang ditimbulkan sebahagian kumpulan penyokong bola sepak, iaitu mengenai larangan membawa peralatan muzik ke stadium.



FAS berkata ia memahami sentimen yang diutarakan penyokong, tetapi ia harus mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Peraturan Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Acara dan Kegiatan Sukan – Perintah Kawalan) 2021.

Undang-undang itu, yang berkuatkuasa sejak April lalu, antara lain tidak membenarkan peralatan muzik dibawa ke stadium.



“Ini selaras dengan peraturan pada hari perlawanan yang kami laksanakan bagi peminat semasa Liga Perdana Singapura 2021 dan juga di perlawanan kelayakan AFC Bawah 23 tahun yang baru sahaja berakhir, di mana peralatan muzik, termasuk gendang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam stadium,” kata FAS.



Minggu lalu, kumpulan penyokong bola sepak SingaBrigade telah menerbitkan surat terbuka di media sosial, yang menyatakan hasratnya untuk tidak pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan nasional untuk membantah harga tiket yang dianggap mahal dan larangan membawa alat muzik.



FAS berkata:

“Kami sedang berbincang dengan semua pihak berkepentingan, dan wakil SingaBrigade berhubung perkara ini dan berharap SingaBrigade, antara kumpulan penyokong nasional yang bekerjasama rapat dengan FAS, akan terus dapat merancakkan keadaan pada hari perlawanan, sebagaimana yang mereka selalu lakukan, tanpa menjejas keselamatan dan kesihatan penonton lain.”



Baca laporan lain:



Kumpulan penyokong mahu boikot stadium, bantah larangan bawa masuk alat muzik, harga tiket mahal



Piala AFF Suzuki: Tiket dijual mulai hari ini, penonton dibenar dalam stadium



Hariss idam pula bantu Singa capai kejayaan di Piala AFF Suzuki



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >