Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenganjuran Piala Asia AFC 2027 ‘ikut jadual’ meski ada serangan, kata penganjur Arab Saudi
Penganjuran Piala Asia AFC 2027 ‘ikut jadual’ meski ada serangan, kata penganjur Arab Saudi
Penganjuran Piala Asia AFC 2027 ‘ikut jadual’ meski ada serangan, kata penganjur Arab Saudi
RIYADH: Penganjur Arab Saudi berkata persiapan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada Januari depan masih berjalan mengikut jadual, meskipun kebimbangan meningkat susulan serangan kumpulan Houthi ke atas negara itu.
Pegawai tertinggi bola sepak Asia berkata minggu ini bahawa kejohanan tersebut mungkin ditangguhkan ke 2028, namun menegaskan bahawa mereka “tidak perlu tergesa-gesa” membuat keputusan.
Piala Asia dijadualkan bermula pada 7 Januari 2027 di tiga bandar Arab Saudi iaitu Jeddah, Riyadh dan Al Khobar.
Dalam satu kenyataan lewat 15 Oktober, jawatankuasa penganjur tempatan berkata: “Persiapan bagi kejohanan ini masih berjalan mengikut jadual.
“Usaha ini diteruskan dengan penyelarasan rapat bersama Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.”
Arab Saudi menghadapi serangan berterusan sejak beberapa hari lalu ketika konflik dengan kumpulan Houthi yang disokong Iran meningkat mendadak.
Beberapa acara sukan termasuk perlawanan bola sepak tempatan telah ditangguhkan.
Jawatankuasa penganjur Piala Asia, kejohanan bola sepak paling berprestij di rantau ini, berkata pihaknya “tetap berusaha memastikan persiapan mengikut jadual dan sumber yang diperlukan tersedia bagi menganjurkan kejohanan yang mencerminkan cita-cita serta piawaian Arab Saudi sebagai tuan rumah”.
Jawatankuasa itu juga akan “terus memantau perkembangan berkaitan kejohanan dan memastikan keadaan sesuai bagi menjamin kejayaan penganjurannya”.
Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, memberitahu pemberita pada 14 Oktober bahawa keputusan muktamad boleh dibuat selewat-lewatnya akhir November.
“Kami boleh menangguhkannya setahun ke 2028 jika perlu,” katanya.
“Namun, buat masa ini, kami sedang memantau keadaan dan semuanya masih berjalan mengikut jadual.” – AFP.