Topic followed successfully
Go to BHkuPersiapan Piala Asia 2027: S’pura berdepan dua ujian dengan Mongolia, China
Persiapan Piala Asia 2027: S’pura berdepan dua ujian dengan Mongolia, China
Singa bakal temu Mongolia pada 31 Mei, China pada 5 Jun dalam perlawanan persahabatan
May 6, 2026 | 6:26 PM
Persiapan Piala Asia 2027: S’pura berdepan dua ujian dengan Mongolia, China
Singa mengakhiri kempen kelayakan Piala Asia mereka dengan menewaskan Bangladesh 1-0 pada 31 Mac 2026 di Stadium Negara. Selepas mengakhiri kempen tersebut tanpa kekalahan, tumpuan Singa kini kepada persiapan Piala Asia yang akan berlangsung pada Januari 2027. - Foto BH oleh KHALID BABA
Persiapan bagi kelayakan bersejarah Singapura ke Piala Asia 2027 kini semakin giat dipertingkatkan.
Untuk memanfaatkan sepenuhnya setiap tempoh aksi antarabangsa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), pasukan Singa telah mengatur perlawanan persahabatan menentang Mongolia (kedudukan Fifa ke-187) pada 31 Mei, dan China (kedudukan ke-94 Fifa, 53 tangga lebih tinggi daripada Singapura) pada 5 Jun.
Laporan berkaitan
Jadual kejohanan berturut-turut bakal jadi ujian besar skuad SingaMar 24, 2026 | 4:03 PM
Sumbangan $50j suntik semangat, warga sukan harap lebih ramai tampil sokong Apr 2, 2026 | 2:54 PM

