Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA CARABAO

Piala Carabao: Chelsea tewas mengejut dalam separuh akhir pertama

Jan 10, 2024 | 11:19 AM



MIDDLESBROUGH: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino melahirkan rasa kurang senangnya terhadap pasukannya yang tidak mampu merebut peluang jaringan dan akhirnya tewas mengejut dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao 0-1 kepada Middlesbrough pada 9 Januari.


Hayden Hackney menjaringkan satu-satunya gol itu buat Middlesbrough yang bersaing dalam Liga Championship, berbanding pasukan Chelsea yang bermain dalam Liga Perdana England (EPL) dan dibarisi bintang bola sepak.

Chelsea kini telah tewas lima daripada enam perlawanan mereka di padang lawan.

Pasukan yang bergelar The Blues itu kini mesti mengubah nasib apabila kededua pasukan bertemu sekali lagi dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stamford Bridge pada 23 Januari.


Kemenangan perlu diraih bagi mengelak tekanan yang dialami Pochettino berdasarkan pencapaian hambar dalam musim pertamanya selaku pengurus Chelsea.

“Jika dinilai keseluruhan perlawanan, kami memang lebih baik. Kami mempunyai banyak peluang, namun kami tidak jaringkan gol kerana kurang teliti.

“Ia banyak berlaku dalam musim kali ini,” kata Pochettino.

Padahal pengurus Middlesbrough, Michael Carrick yang kurang bernasib baik selepas penjaring terbanyaknya, Emmanuel Latte Lath, mengalami kecederaan selepas hanya tiga minit bermain di padang.

Carrick juga terpaksa mengeluarkan Alex Bangura dalam 20 minit pertama perlawanan akibat masalah kecederaan juga.

Namun pasukan yang bermain di luar EPL itu tidak gentar.

Carrick yang merupakan bekas pemain midfield Manchester United berkata:

“Ia memang amat istimewa buat kami meskipun saya tahu kami ada perlawanan kedua di padang mereka.

“Namun selepas apa yang kami lalui, kecederaan, dan kekurangan pemain tonggak, kami masih tetap berjaya tewaskan sebuah pasukan bermutu seperti Chelsea. Memang luar biasa,” katanya.

Middlesbrough belum pernah melakukan jaringan ke gawang Chelsea selama 17 tahun lamanya.

Sebaliknya Chelsea telah menemukan 21 jaringan ke gawang Middlesbrough dalam sembilan perlawanan antara kededua pasukan.

Dan Middlesbrough mengakhiri kemarau gol itu lapan minit sebelum separuh masa.

Rentak larian Isaiah Jones di sebelah kanan menyebabkan pemain bek kiri Chelsea, Levi Colwill menghadapi masalah sepanjang perlawanan tersebut.

Ternyata umpanan silang Jones berjaya menemui Hackney yang membuat jaringan dari jarak dekat.

Chelsea sepatutnya berjaya menyamakan kedudukan selepas waktu rehat, namun Cole Palmer jelas tidak menemui sentuhan jaringannya dalam perlawanan itu.

Bekas pelatih akademi di Manchester City itu boleh dikatakan salah seorang nama besar yang dibawa masuk Chelsea dengan harga yang cukup lumayan.

Malangnya Palmer dua kali gagal menemui sasaran meskipun dihidangkan dengan peluang keemasan dalam separuh masa pertama.

Pertama percubaannya dari luar kawasan petak gawang lawan tersasar ke tepi, sebelum satu lagi percubaannya melambung ke atas gawang lawan.

Palmer kemudian membuat satu lagi percubaan namun terlalu dekat dengan penjaga gawang Middlesbrough, Tom Glover, yang mudah menyelamatkan tendangannya itu.

Corak permainan di separuh masa kedua kelihatan berbeza sedikit sedang Chelsea terus berusaha menyamakan kedudukan.

Namun sekali lagi mereka gagal menemui sasaran yang diharapkan.

Meskipun Chelsea telah membelanjakan lebih £1 bilion ($1.3 bilion) ke atas para pemain sepanjang tempoh perpindahan pemain lalu, Pochettino berkata yang beliau perlu mengukuhkan semula skuad kendaliannya itu bagi menangani masalah menjaringkan gol. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >