Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala FA: Man City lawan Spurs dalam pusingan keempat

Chelsea lawan Aston Villa, sementara Liverpool dan Man U dapat cabutan lebih baik
Jan 9, 2024 | 12:12 PM
PERLAWANAN PALING DITUNGGU: Manchester City akan menentang Tottenham Hotspur dalam pusingan keempat yang disifatkan sebagai perlawanan paling dinantikan dalam pusingan keempat Piala FA.
PERLAWANAN PALING DITUNGGU: Manchester City akan menentang Tottenham Hotspur dalam pusingan keempat yang disifatkan sebagai perlawanan paling dinantikan dalam pusingan keempat Piala FA. - Foto REUTERS

LONDON: Juara bertahan Piala FA, Manchester City, akan berdepan dengan Tottenham Hotspur, manakala Aston Villa, yang sedang berada dalam rentak permainan baik, akan menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam pusingan keempat Piala FA.

Juara bertahan Liga Perdana England (EPL), Manchester City, yang sedang menduduki tempat ketiga EPL, mendahului Spurs dengan satu mata, manakala Aston Villa berada di tempat kedua dan Chelsea pula di tempat ke-10.

Liverpool, yang kini berada di tempat teratas EPL dan menyingkirkan Arsenal pada pusingan ketiga Piala FA, mendapatkan cabutan lebih baik pada 8 Januari.

Pasukan bimbingan Klopp itu akan berdepan dengan Norwich City ataupun Bristol Rovers.

Maidstone United, pasukan peringkat keenam liga England, akan berdepan dengan Ipswich Town, pasukan peringkat kedua liga.

Pemenang perlawanan ulangan antara Crystal Palace dengan Everton akan berdepan Luton Town ataupun Bolton Wanderers.

Manchester United menewaskan Wigan Athletic pada 8 Januari dan akan berdepan dengan Newport County ataupun Eastleigh untuk perlawanan pusingan keempat mereka.

Pasukan Liga Dua England, Wrexham AFC, yang dimiliki oleh pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney, berjaya mara ke pusingan keempat dan akan berdepan dengan Blackburn Rovers. – Agensi berita.

ANTARA PERLAWANAN PUSINGAN KEEMPAT PIALA FA
Tottenham lawan Manchester City
Chelsea lawan Aston Villa
Liverpool lawan Norwich City/Bristol Rovers
Ipswich Town lawan Maidstone United
Crystal Palace/Everton lawan Luton/Bolton
Newport County/Eastleigh lawan Manchester United
Blackburn lawan Wrexham

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg