Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Carabao ‘piala paling istimewa’ saya: Jurgen Klopp

Feb 26, 2024 | 04:53 PM



WEMBLEY: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata Piala Carabao yang dimenangi pasukannya dengan mengalahkan Chelsea pada 25 Februari adalah “piala paling istimewa” yang pernah dimenanginya.


Ia piala ke-10 yang dijulangnya sebagai pengurus Liverpool.

Musim ini adalah musim terakhir pengurus dari Jerman itu di Liverpool.

Kapten yang juga pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, menjaringkan gol lewat permainan untuk pasukannya, yang turun padang dengan masalah kecederaan.

“Selama 20 tahun di sini, ini dengan mudah merupakan piala paling istimewa,” kata Klopp.

“Saya tidak begitu peduli tentang legasi saya. Saya bukan di sini untuk mencipta legasi. Ini sungguh istimewa.”

Liverpool beraksi tanpa beberapa pemain utama, termasuk penyerang Mohamed Salah, Diogo Jota dan Darwin Nunez.

Ini bermakna lima pemain berusia 20 tahun ke bawah membuat penampilan, dan usia purata Liverpool yang menamatkan perlawanan itu ialah bawah 22 tahun.

“Pasukan dan akademi ini penuh dengan perwatakan hebat. Saya sungguh bangga dapat menjadi sebahagian daripada mereka malam ini,” kata Klopp kepada media.

Pemain pertahanan Belanda, van Dijk, berkata beliau berasa “sangat bangga” sebagai pemain Liverpool selepas menjaringkan gol kemenangannya.

“Ini semua demi penyokong kami, mari kita menikmatinya,” kata van Dijk.

“Saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada kelab ini dan khasnya saya bangga dengan rakan sepasukan saya.”

Walaupun sedang meraikan kemenangan itu, Liverpool akan mula memberi tumpuan semula kepada perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Southampton pada 29 Februari.

Salah, Jota dan Nunez, serta penjaga gawang Alisson; pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold dan Joel Matip; pemain tengah Dominik Szobsozlai, Curtis Jones dan Thiago Alcantara, kesemuanya terlepas beraksi dalam perlawanan peringkat akhir itu dek kecederaan.

Pemain tengah, Ryan Gravenberch, juga terpaksa dikeluarkan padang akibat kecederaan pada separuh masa pertama, manakala Wataru Endo dilihat meninggalkan Wembley memakai but pelindung dan topang ketiak.

“Kami tidak mempunyai cukup pemain untuk 29 Februari. Mereka yang turun padang semasa perlawanan (akhir) itu mungkin dapat bermain sekali lagi, tetapi yang lain akan dirawat pada Isnin,” kata Klopp.

“Saya suka negara ini (England), tetapi jadual permainannya tidak membenarkan kami memenangi banyak perlawanan.

“Kami akan lihat apa yang perlu dikorbankan, tetapi kami akan bersaing bagi semua perlawanan, baru kami lihat apa yang akan datang,” tambah Klopp.

Mengenai kejadian Gravenberch dikasari pemain Chelsea Moises Caicedo, yang menyebabkan pemain tengah Liverpool itu terpaksa dikeluarkan padang menggunakan pengusung, Klopp berkata prestasi pengadil perlawanan, Chris Kavanagh, tidak cukup memuaskan untuk perlawanan peringkat akhir.

“Kededua pasukan sedang bersaing dengan bersungguh-sungguh, tetapi pengadil perlawanan tidak mempunyai tahap yang sama dengan tahap yang ditunjukkan kededua pasukan,” kata beliau.

Kecederaan itu menimbulkan peluang untuk pemain muda seperti Harvey Elliott dan Conor Bradley memulakan perlawanan, manakala pemain berusia 20 ke bawah, Bobby Clark, Jayden Danns dan James McConnell, membuat penampilan sebagai pemain gantian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >