Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA PREVIU: BRAZIL LWN SWITZERLAND

Brazil akan senasib Jerman, Argentina?

Switzerland bukan calang-calang
Nov 28, 2022 | 05:30 AM



QATAR: Sebagai salah sebuah pasukan bola sepak paling handal di dunia, Brazil sudah pasti layak untuk menjulang Piala Dunia kali ini.



Dibarisi para pemain bertaraf antarabangsa, sudah pasti kelebihan berpihak kepada mereka.



Dalam Piala Dunia kali ini, pasukan pimpinan Adenor Leonardo Bacchi, atau lebih dikenali sebagai Tite, itu dijangka terus menunjukkan peningkatan dalam persembahan mereka.



Perlawanan pertama mereka menentang Serbia, menyaksikan juara lima kali Piala Dunia itu menundukkan Serbia dengan jaringan 2-0.



Dalam perlawanan itu, penyerang mereka, Richarlison, berjaya memecahkan kebuntuan pasukannya dengan menjaringkan kededua gol tersebut.



Ini selepas Serbia memberi tentangan hebat kepada juara Piala Dunia sebanyak lima kali sepanjang perlawanan tersebut.



Namun dalam perlawanan kedua mereka menentang Switzerland, Brazil tidak boleh memandang rendah terhadap pasukan di tangga ke-15 dalam ranking Fifa ini.



Apakan tidak, Switzerland juga mampu mencetuskan kejutan - seperti Arab Saudi menundukkan Argentina dan Jepun menjinakkan Jerman - sekiranya Brazil tidak berhati-hati.



Apatah lagi penjaga gawang pasukan Switzerland, Yann Sommer, yang bermain dengan kelab Borussia Mönchengladbach, dijangka terus menjadi benteng utama pasukan negaranya daripada dibolosi gergasi bola sepak dari Amerika Selatan itu.



Switzerland pula berjaya menang 1-0 ke atas Cameroon dalam pertemuan pertama mereka bagi Piala Dunia kali ini hasil jaringan Breel Embolo.



Brazil mempunyai ramai nama pemain handalan, termasuk penjaga gawang mereka, Alisson Ramses Becker, yang merupakan pemain Liverpool.



Beliau mendapat sokongan daripada pemain di benteng pertahanan mereka termasuk Marquinhos yang boleh bergabung baik dengan pemain berpengalaman, Thiago Silva, atau pemain lincah Eder Militao.



Bahagian serangan mereka dibarisi pemain seperti Neymar yang mampu berkomunikasi baik dengan Lucas Paqueta, dan seorang lagi penyerang mereka, Richarlison, juga mampu memberikan sokongan baik.



Dua pemain muda yang sedang meningkat, Raphinha dan Vinivius Junior dijangka mampu memikul tanggungjawab penting untuk Brazil dalam perlawanan menentang Switzerland.



Namun Switzerland membuktikan yang mereka adalah pasukan yang perlu diberi perhatian apatah lagi mereka menduduki tempat teratas dalam kumpulan kelayakan ke Piala Dunia kali ini.



Padahal dalam kumpulan itu, Italy merupakan favorit.



Bagaimanapun Switzerland membuktikan bahawa mereka lebih baik - tidak pernah kalah dalam perlawanan kelayakan - dengan Sommer hanya melepaskan dua gol ke gawangnya.



"Angka ini membuktikan bahawa kami bermain baik sebagai sebuah pasukan.



"Bagi seorang penjaga gawang, sudah menjadi impian kami untuk mempunyai benteng pertahanan yang hebat," kata Sommer.



Sementara itu, Neymar melahirkan keyakinannya dalam Piala Dunia kali ini.



"Kami sudah impikan untuk menjulang Piala Dunia buat kali keenam tahun ini.



"Dan kami akan berusaha untuk meraihnya tidak kira jika ada yang ingin kami memenanginya atau tidak," kata beliau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >