Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Piala Dunia Sepak Takraw: S’pura tersingkir di suku akhir Quadran, kini tumpu kepada regu

Mar 23, 2025 | 8:32 PM
Skuad nasional Singapura (dari kiri)  Muhammad Khairilshamy Shamsudin, Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal,Akmal Musyarraf Rostam , Abdul Hammirruddin Noor ,Youri Adli Fathullah Ahmadi, dan Zaihirrman Zaharudin. Mereka tewas kepada India di peringkat suku akhir kategori Quadran. Kini mereka akan tumpukan perhatian mereka kepada kategori regu pula pada 24 Mac.
Skuad nasional Singapura (dari kiri) Muhammad Khairilshamy Shamsudin, Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal,Akmal Musyarraf Rostam , Abdul Hammirruddin Noor ,Youri Adli Fathullah Ahmadi, dan Zaihirrman Zaharudin. Mereka tewas kepada India di peringkat suku akhir kategori Quadran. Kini mereka akan tumpukan perhatian mereka kepada kategori regu pula pada 24 Mac. - Foto SALLEH NANANG

Pasukan sepak takraw kebangsaan Singapura kecundang dalam Piala Dunia Sepak Takraw di Bihar, India kategori Quadran di peringkat suku akhir.

Mereka ditewaskan pasukan dari India.

Walaupun kalah set pertama 15-11, pasukan Singapura berjaya mengheret India ke set ketiga selepas menang set kedua 17-16, namun akhirnya tewas 15-8 kepada tuan rumah.

Namun, ketua jurulatih, Salleh Nanang, tetap bangga dengan pencapaian anak didiknya, yang bertanding dalam kategori quadran itu buat kali pertama.

“Saya amat gembira walau kali pertama bermain (kategori quadran) tetapi pemain menunjukkan kesungguhan dan tidak menyerah hingga mata terakhir,” kata jurulatih berusia 63 tahun itu.

Kini, tumpuan diberikan kepada kategori regu, di mana mereka sasarkan untuk mara ke peringkat separuh akhir dan meraih pingat gangsa.

Mereka bertanding dalam Kumpulan C, bersama Brazil dan Sri Lanka.

Pasukan kendalian bekas lagenda sepak takraw, Salleh dan Nur Hisham Adam itu akan memulakan pertandingan regu dengan menentang Brazil pada 24 Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg