Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura mara ke suku akhir Piala Dunia Sepak Takraw di India

Mar 20, 2025 | 5:29 PM
Skuad nasional Singapura - (baris belakang, dari kiri)   Zaihirrman Zaharudin,  Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal, Muhammad Khairilshamy Shamsudin, (baris depan, dari kiri) Abdul Hammirruddin Noor, Akmal Musyarraf Rostam dan Youri Adli Fathullah Ahmadi. Mereka dalam Kumpulan A bersama Thailand dan Sri Lanka dalam kategori kuadran.
Skuad nasional Singapura - (baris belakang, dari kiri)  Zaihirrman Zaharudin,  Muhammad Danish Irfan Muhamad Faizal, Muhammad Khairilshamy Shamsudin, (baris depan, dari kiri) Abdul Hammirruddin Noor, Akmal Musyarraf Rostam dan Youri Adli Fathullah Ahmadi. Mereka dalam Kumpulan A bersama Thailand dan Sri Lanka dalam kategori kuadran. - Foto SALLEH NANANG

Pasukan sepak takraw nasional yang bertanding dalam kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw di India berjaya mara ke peringkat suku akhir kategori kuadran.

Singapura memulakan pertandingan dalam Kumpulan A dengan berdepan gergasi sepak takraw Asia, Thailand, dan kalah 2-0 (15-9, 15-4).

Namun, pasukan nasional yang dibimbing ketua jurulatih Salleh Nanang tidak membiarkan kekalahan itu menjejas semangat mereka dan berjaya menewaskan Sri Lanka 2-0 (15-7, 15-5) untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir pada 21 Mac.

Singapura dijangka menentang India ataupun Amerika Syarikat dalam peringkat seterusnya.

Mengulas ringkas persembahan anak didiknya, Salleh berkata para pemain bukan sahaja menunjukkan prestasi yang menggalakkan, malah mendahului Thailand pada awal perlawanan sebelum tewas.

“Ada servis kita yang Thailand tidak dapat kawal dengan baik. Hanya dalam set kedua pasukan saya hilang tumpuan seketika, yang menyebabkan kawalan mereka menjadi yang tidak kemas,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg