Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Piala Merlion kembali sebagai persiapan Sukan SEA

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



KEJOHANAN empat pasukan Piala Merlion bagi pasukan nasional bawah 22 tahun akan diadakan buat kali pertama sejak 2019 apabila pasukan Singa menewaskan Thailand dan menggondol kejuaraan.



Kejohanan yang bakal diadakan dari 24 hingga 26 Mac ini di Stadium Jalan Besar menyaksikan skuad Singa Muda mempertahankan kejuaraan tersebut.



Dalam satu kenyataan media, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa skuad Singa bawah 22 tahun akan mengambil bahagian, di samping pasukan dari Kemboja, Hong Kong dan Malaysia.



Undian bagi menentukan perlawanan akan berlangsung pada Isnin dan maklumat mengenai tiket-tiket akan diumumkan dalam masa terdekat.



Kejohanan empat pasukan ini membolehkan pasukan membuat persiapan bagi Sukan SEA di Kemboja pada Mei nanti.



Pertandingan bola sepak lelaki bagi Sukan SEA akan bermula pada 29 April, enam hari sebelum upacara pembukaan iaitu pada 5 Mei, dengan undian bagi perlawanan dijangka diadakan pada pertengahan April.



Pada Jun 2019, skuad kebangsaan bawah 22 tahun - yang diketuai jurulatih Fandi Ahmad - merangkul Piala Merlion yang menampilkan pasukan Thailand, Indonesia dan Filipina.



Skuad Singa Muda itu menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan akhir dengan Ikhsan Fandi menjaringkan gol kemenangan.



Kali ini, Philippe Aw, yang merupakan jurulatih Singa Muda dalam Liga Perdana Singapura (SPL), juga akan mengendalikan pasukan bawah 22 tahun.



Pasukan tersebut berhadapan dengan jadual yang padat pada tahun ini kerana selain daripada Piala Merlion dan Sukan SEA, mereka juga akan beraksi dalam kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun 2024 pada September dan Sukan Asia di Hangzhou dari 23 September hingga 8 Oktober.



Jurulatih berusia 45 tahun itu menggesa agar pemainnya menunjukkan mereka mempunyai "semangat, keinginan dan keupayaan untuk mempertingkatkan diri".



Beliau juga tidak sabar untuk bekerjasama dengan pemain dari kelab SPL lain "supaya pasukan secara keseluruhannya boleh menjadi satu unit yang padu".



"Kami ingin memastikan pemain bersedia untuk melangkah ke pasukan kebangsaan dan bersedia apabila dipanggil.



"Seteru kami dalam Piala Merlion akan memberikan penanda aras baik mengenai jenis perlawanan yang boleh kami jangkakan untuk berhadapan dalam Sukan SEA akan datang," tambah beliau.



Di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Kemboja, tuan rumah bagi Sukan SEA kali ini, kesemua pemain haruslah berusia 22 tahun ke bawah.



Ini tidak seperti temasya Sukan SEA edisi-edisi lalu, yang mana pasukan boleh menurunkan sehingga tiga pemain yang melebih had usia.



Dalam pada itu, edisi Sukan SEA sebelum ini pada 2022 menyaksikan Singapura, yang diketuai oleh Nazri Nasir, tersingkir dalam peringkat kumpulan di Vietnam.



Ia merupakan penyingkiran keempat berturut-turut pasukan kebangsaan dari peringkat kumpulan di Sukan SEA.




"Kami ingin memastikan pemain bersedia untuk melangkah ke pasukan kebangsaan dan bersedia apabila dipanggil. Seteru kami dalam Piala Merlion akan memberikan penanda aras baik mengenai jenis perlawanan yang boleh kami jangkakan untuk berhadapan dalam Sukan SEA akan datang."
- Jurulatih Singa Muda, Philippe Aw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >