Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Merlion: Singa Muda kalah 0-1 kepada Hong Kong, terlepas ke final

Mar 24, 2023 | 11:09 PM



PASUKAN Singa Muda terlepas ke perlawanan akhir Piala Merlion 2023 selepas tewas di tangan pasukan Bawah 22 Tahun Hong Kong 0-1 dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Jalan Besar pada Jumaat (24 Mac).



Gol kemenangan pemain midfield Hong Kong Ichikawa Sohgo pada minit ke-39 cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan. 



Ini bermakna Hong Kong akan bertemu Malaysia dalam perlawanan akhir di stadium sama pada Ahad.



Dalam satu lagi aksi separuh akhir pada awal Jumaat, Malaysia menang 4-2 ke atas Kemboja. 



Singapura pula akan menentang Kemboja untuk merebut tempat ketiga kejohanan pada Ahad. 



Keputusan ini memberikan Philippe Aw kekalahan pertamanya sebagai jurulatih Bawah 22 Tahun Singapura sejak dilantik pada awal Mac.



Formasi 4-5-1 yang disusun Philippe malam ini menyaksikan beliau menurunkan lapan pemain dari kelab pembangunan dalam Liga Perdana Singapura (SPL), Young Lions, yang juga kendaliannya.



Penjaga gol Aizil Yazid serta pemain pertahanan Kieran Teo, Adam Reefdy dan Andrew Aw disertakan dalam kesebelasan utama Philippe.



Kapten Harhys Stewart, Jared Gallagher dan Amir Syafiz membentuk midfield negara, manakala Jordan Emaviwe bermula di sayap kiri.



Baki tiga pemain ialah pemain pertahanan Ryaan Sanizal (Tampines Rovers), penyerang Nicky Melvin Singh (Albirex Niigata) dan Abdul Rasaq (Lion City Sailors).



Sejak awal perlawanan, kedua-dua pemain sayap Singapura, Jordan dan Melvin, rancak mengatur serangan dari bahagian sayap.



Singapura mampu mencipta beberapa peluang jaringan yang baik tetapi kurang tajam di depan gawang.



Peluang terbaik Singapura pada separuh pertama adalah percubaan Rasaq pada minit ke-35, yang mana penyerang itu berjaya melepaskan diri daripada lawannya.



Tetapi, penjaga gol Hong Kong Ng Wai Him pantas keluar dari gawangnya dan beraksi cemerlang untuk menepis rembatan itu.



Empat minit kemudian, Hong Kong memanfaatkan kesilapan pasukan tuan rumah.



Kekeliruan antara Aizil dan Ryaan untuk mempertahankan sepakan percuma Hong Kong menyebabkan benteng Singapura huru-hara.



Sohgo kemudian dengan mudah menyumbat masuk gol dalam gawang Singapura yang tidak diawasi untuk meletakkan Hong Kong di hadapan sebelum waktu rehat.



Singapura cuba mencari gol penyamaan dalam babak kedua namun pertahanan Hong Kong kekal teguh sehingga wisel penamat.



Piala Merlion, yang kembali diadakan setelah tiga tahun berehat, adalah kejohanan sebagai persiapan skuad Bawah 22 Tahun Singapura untuk Sukan SEA 2023 di Kemboja pada Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >