Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki AFF: S’pura tumpaskan Filipina 2-1, di landasan tepat ke separuh akhir

Dec 08, 2021 | 11:34 PM



PASUKAN Singa berada dalam landasan yang tepat ke pusingan kalah mati Piala Suzuki AFF 2020 selepas menewaskan Filipina 2-1 di Stadium Negara pada Rabu (8 Disember).



Dua gol hasil sumbangan kapten Singapura Hariss Harun dan rakan sekelab di Lion City Sailors, Faris Ramli, cukup untuk mengatasi The Azkals, finalis separuh akhir edisi 2018.



Kemenangan itu juga meletakkan pasukan Singa kendalian Tatsuma Yoshida di puncak tangga Kumpulan A dengan enam mata penuh selepas dua perlawanan, dengan baki dua perlawanan pusingan kumpulan



Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan seterusnya. 



Yoshida melakukan empat pertukaran pada barisan kesebelasan utamanya pada Rabu malam.



Shahdan Sulaiman, Song Ui-young, Shawal Anuar dan Nazrul Nazari, yang beraksi dalam kemenangan 3-0 ke atas Myanmar Ahad lalu, mengisi bangku simpanan.



M. Anumanthan, Zulfahmi Arifin, Shawal Anuar dan Zulqarnaen Suzliman sebaliknya dibariskan.



Selepas babak pertama yang sengit terutamanya di bahagian midfield yang padat, tandukan jarak dekat Hariss berjaya menembusi gawang penjaga gol Filipina Kevin Hansen pada minit ke-61.



Dua minit kemudian, Faris menjaringkan gol kedua pasukan Singa menerusi hantaran lintang mantap Zulqarnaen.



Tandukan pemain midfield Filipina Amin Nazari kemudian merapatkan jurang gol pada minit ke-69.



Benteng pertahanan Singapura kekal teguh hingga wisel penamat untuk memberikan Yoshida kemenangan keduanya dalam kejohanan ini. 



Awal sebelum itu, Myanmar mengalahkan Timor Leste 2-0 di Stadium Negara.



Singapura seterusnya akan menentang Timor Leste Selasa depan (14 Disember), sebelum berdepan juara lima kali Thailand, yang tidak beraksi hari ini, pada Sabtu depan (18 Disember). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >