Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI

Harapan cerah Singa akhiri kemarau 9 tahun gagal ke semi final

Bagaimanapun pemain sayap Gabriel Quak tidak terlibat kerana cedera
Dec 14, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN sayap Singapura Gabriel Quak, akan menjalani pembedahan pada kecederaan bahu yang berulang minggu ini dan tidak akan terlibat dalam baki kempen Piala Suzuki AFF 2020 pasukan.



Ini bermakna jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida kini berbaki 27 pemain dalam skuadnya untuk bertahan dalam kejohanan sehingga 1 Januari ini.



Singapura bertemu Timor Leste di Stadium Negara malam ini, sebelum menutup aksi pusingan kumpulan menentang juara lima kali Thailand Sabtu.



Dengan kutipan enam penuh daripada dua kemenangan, Singapura berada di landasan tepat untuk menempah tempat di separuh akhir.



Kemenangan malam ini bermakna Singapura berjaya menghentikan kemarau sembilan tahun gagal mara ke pusingan separuh akhir. Kali terakhir Singapura ke separuh akhir dan menang piala adalah pada 2012.



Dalam posnya di Instagram semalam, Quak, 30 tahun, berkata:



"Beberapa hari ini, mental saya sangat dicabar. Amat tersentuh dan terharu oleh mesej daripada ramai yang prihatin terhadap keadaan saya tapi dukacita untuk saya mengumumkan penglibatan saya dalam kejohanan ini sudah berakhir."



Penglibatan Quak dalam perlawanan sebelum ini menentang Filipina Rabu lalu merupakan yang pertama dan terakhir buat Quak dalam kempen Piala Suzuki AFF negara kali ini.



Quak diturunkan dalam kesebelasan utama namun mampu bertahan selama sejam selepas beliau bertembung dengan pemain Filipina dan sekali lagi mencederakan bahu kirinya.



Beliau pertama kali mengalami kecederaan itu ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Maghribi 'A' di Dubai pada 16 November.



"Terus percaya. Berikan segalanya. Saya ucapkan yang terbaik buat pasukan dan percaya 100 peratus kami punya keupayaan untuk melangkah ke final," tambah pemain Lion City Sailors itu.



Quak akan menjalani pembedahan pembaikan artroskopik dan labral lewat minggu ini dan dijangka kekal bersama pasukan Singa selepas pembedahan untuk memulakan pemulihannya, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya semalam.



Pengunduran Quak turut disahkan Yoshida dalam satu sidang media secara maya semalam. Beliau berkata:



"Saya rasa kesakitan dia dan sedih melihat dia mengundur diri dari pasukan. Gabriel adalah pemain penting dalam pasukan tapi kami harus teruskan juga perjuangan dengan baki pemain yang ada."



Anak didik Yoshida memburu kemenangan ketiga mereka dalam Piala Suzuki AFF 2020 ketika berdepan Timor Leste malam ini.



Singapura, pendahulu Kumpulan A, menjadi pasukan pilihan untuk menang. Timor Leste tumpas dalam tiga aksi kumpulan mereka sebelum ini.



Kali terakhir kededua pasukan bertemu di Piala Suzuki AFF 2018, Singapura menundukkan Timor Leste 6-1. Sabtu lalu, Timor Leste dibelasah Filipina 7-0.



Yoshida yakin dengan kelebihan waktu rehat, Singapura dapat menjamin tiket separuh akhir mereka sebelum berdepan pesaing kuat Thailand Sabtu ini.



"Kami punya lima hari rehat berbanding dua hari sahaja sebelum ini. Jadi, kami bersedia untuk beraksi dan menang...Ya, kami tidak menunjukkan prestasi 100 peratus meskipun ada permulaan sempurna. Kami berada di tahap prestasi 70, 80 peratus dan berpotensi menjadi lebih baik," kata jurulatih asal Jepun itu.



Bagaimanapun, jurulatih Timor Lests Fabio Maciel berjanji pasukannya akan memberi saingan hebat dalam aksi kumpulan terakhir mereka malam ini.



"Kami akan cuba lakukan sesuatu untuk halang Singapura daripada menjaringkan gol...Kami ingin bermain bola sepak yang bagus esok dan meninggalkan kesan baik pada kejohanan ini," kata jurulatih asal Brazil itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >