Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Ikhsan penyelamat Singa

Dec 22, 2021 | 10:48 PM



PENYERANG baru juara Liga Thai BG Pathum, Ikhsan Fandi membantu Singapura menyekat Indonesia apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi pertama separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 yang mendebarkan pada Rabu (22 Disember).



Gol Ikhsan pada minit ke-70 meriuhkan suasana di Stadium Negara yang dihadiri 9,952 penonton - kebanyakannya penyokong Singapura - sekali gus merampas kedudukan di depan Indonesia hasil jaringan babak pertama pemain midfield Witan Sulaeman.



Keputusan malam ini membentuk perlawanan ‘do-or-die’ apabila kedua-dua pasukan kembali berentap dalam pusingan kedua separuh akhir Sabtu ini.



Malam ini, Jurulatih Singapura Tatsuma Yoshida mengatur tiga pemain bek tengah - Irfan Fandi, Safuwan Baharudin dan Zulfahmi Arifin - dalam pertahanan, dengan Song Ui-young dan Nazrul Nazari kembali diturunkan.



Nur Adam Abdullah turut meraih kepercayaan Tatsuma untuk memulakan perlawanan buat kali pertama, mengisi posisi bek kiri ditinggalkan Shakir Hamzah, yang cedera.



Singapura memulakan perlawanan pada tempo rancak sekali gus mencipta beberapa peluang jaringan.



Namun, Indonesia lebih klinikal di depan gol apabila Witan menyumbat jaringan pada minit ke-28.



Tatsuma bertindak balas dengan meletakkan kapten Hariss Harun dalam pertahanan - posisi yang pernah digalas di kelab Lion City Sailors - dan Zulfahmi digantikan oleh M. Anumanthan selepas waktu rehat.



Singapura memulakan babak kedua dengan misi mengancam gawang Indonesia dan gol itu tiba pada minit ke-70.



Ikhsan, yang menandatangani kontrak dua setengah tahun bersama BG Pathum dari kelab Norway FK Jerv petang ini, menembusi benteng pertahanan Indonesia menerusi umpanan bola ‘through-ball’ Faris Ramli untuk menyamakan kedudukan.



Kedua-dua pasukan cuba mencari gol tambahan di saat-saat akhir perlawanan namun kedudukan kekal seri hingga ke wisel penamat.



Esok, juara bertahan Vietnam bakal berdepan juara lima kali Thailand dalam satu lagi pusingan pertama separuh akhir di Stadium Negara.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >