Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Suzuki: Vietnam, Indo ke separuh akhir; S’pura bertemu Indo

Dec 19, 2021 | 11:42 PM



JUARA bertahan Vietnam and Indonesia berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam aksi terakhir kumpulan pada Ahad (19 Disember). 



Keputusan malam ini bermakna Indonesia menjuarai Kumpulan B kerana menjaringkan lebih banyak gol daripada Vietnam, yang menjadi naib juara kumpulan.



Kededua pasukan mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan.



Hanya dua pasukan teratas dalam kumpulan mara ke separuh akhir.



Di pusingan separuh akhir, Indonesia akan berdepan tuan rumah Singapura, manakala juara lima kali Thailand bakal bertemu Vietnam.



Dalam perlawanan sengit antara dua musuh tradisi, Indonesia mengalahkan Malaysia 4-1 di Stadium Negara malam ini.



Malaysia mengaum terlebih dahulu apabila jaringan Kogileswaran Raj seawal minit ke-13 memberikan Harimau Malaya permulaan sempurna.



Namun, Indonesia bangkit lepas setengah jam permainan.



Dua gol pemain midfield Irfan Jaya dalam tempoh tujuh minit meletakkan Indonesia di depan sebelum waktu rehat.



Lima minit dalam babak kedua, Indonesia memperluaskan lagi kedudukan mereka di depan menerusi jaringan mantap Pratama Arhan.



Pemain pertahanan Elkan Baggott kemudian menambah derita Malaysia, finalis Piala Suzuki 2018, pada minit ke-82 untuk membawa Indonesia ke pusingan kalah mati buat pertama kali sejak 2016. 



Di Stadium Bishan malam ini, Vietnam selesa membenamkan Kemboja 4-0.



Dua gol babak pertama Nguyen Tien Linh dan dua gol babak kedua Bui Tien Dung dan Nguyen Quang Hai menjamin Vietnam tempat di separuh akhir, untuk meneruskan misi mereka dalam mempertahankan kejuaraan.



Saingan pusingan pertama separuh akhir bermula Rabu ini antara Indonesia dengan Singapura di Stadium Negara, sebelum Thailand menentang Vietnam pada Khamis.



Pusingan kedua bagi aksi separuh akhir masing-masing akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >