LONDON: Jose Mourinho berhadapan antara keputusan paling sukar yang perlu dibuatnya sejak dilantik bos Manchester United, sama ada memanggil semula atau tidak Wayne Rooney, bagi pertemuan dengan musuh ketat, Liverpool, dalam perlawanan Liga Perdana England Isnin ini (3 pagi Selasa, waktu Singapura).
Kapten pasukan itu terpaksa mengharungi tempoh mengecewakan sejak beberapa minggu lalu apabila digugurkan daripada kesebelasan United dan England.