PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) semakin hampir memasuki lembaran baru dalam sejarahnya selama 124 tahun apabila Persekutan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) meluluskan pindaan pada perlembagaannya Rabu lalu.
Perlembagaan baru tersebut - yang perlu mendapatkan kelulusan daripada 46 anggotanya pada mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka pada Sabtu depan, akan menyaksikan FAS buat kali pertamanya mengadakan pemilihan bagi anggota jawatankuasanya.