Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA: SEMANGAT PESILAT

Pingat perak, gangsa dah ada, Iqbal sasar emas pula

Apr 11, 2022 | 05:30 AM



KEDEDUA warna pingat perak dan gangsa pernah menjadi milik pesilat negara Muhammad Iqbal Abdul Rahman di Sukan SEA sebelum ini.



Oleh itu, mengubah warna pingat kepada emas menjadi matlamat utama bagi pesilat berusia 29 tahun itu.



Namun, Iqbal sedar ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana semua atlet yang bertanding mempunyai misi yang sama.



"Dalam setiap pertandingan, semua peserta mempunyai peluang yang saksama untuk menang.



"Saya tidak lihat diri saya sebagai pesilat utama ataupun yang bukan jadi pilihan atau underdog di Sukan SEA itu nanti.



"Dan saya juga tahu semua yang memasuki pertandingan sebegini tidak akan berpuas hati dengan apa-apa warna pingat selain pingat emas," kata beliau semasa ditemui di dewan latihan pesilat negara di OCBC Arena.



Meskipun begitu, Iqbal percaya kini lebih matang dan berpengalaman selepas nyaris-nyaris menang pingat emas dalam acara seni tunggal lelaki Sukan SEA di Filipina pada 2019.



"Matlamat saya sejak dari dulu adalah sama, iaitu untuk mencatatkan yang lebih baik berbanding prestasi yang ditunjukkan dalam pertandingan sebelumnya.



"Saya tidak terlalu fokus kepada (memenangi) pingat, saya hanya perlu fokus pada peningkatan prestasi saya sendiri.



"Saya hampir memenanginya (pingat emas) di Filipina dan bagi pertandingan akan datang ini, saya lebih bersemangat. Malah, perasaan ghairah ini lebih daripada penampilan pertama saya di Sukan SEA dan saya akan lepaskan segalanya di dalam gelanggang nanti," ujar beliau.



Selain Iqbal, pesilat-pesilat negara lain juga giat mempersiap diri di bulan Ramadan untuk Sukan SEA.



Mereka juga membuat persiapan untuk menyesuaikan diri dengan peraturan pertandingan pencak silat antarabangsa yang baru dilaksanakan semasa Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara (SEA) pada Februari lalu.



"Kami semua mempunyai semangat yang baik memasuki pertandingan itu nanti.



"Malah, mereka yang dalam acara tanding juga telah menyesuaikan diri dengan peraturan baru dengan bantuan jurulatih.



"Latihan kami terus berintensiti tinggi sepanjang Ramadan ini dan kami berharap dapat buktikan kemampuan sebenar kami (di Sukan SEA) nanti," katanya lagi.



Iqbal, yang dianggap sebagai 'veteran' dalam sukan ini, juga percaya pesilat muda dalam skuad Singapura bakal memberi kejutan di temasya sukan itu nanti.



"Kebanyakan mereka akan membuat penampilan pertama di Sukan SEA... matlamat mereka adalah untuk memberikan segalanya dalam acara masing-masing.



"Walaupun mereka akan membuat penampilan pertama, tampil di sesebuah kejohanan bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka. Saya percaya mereka dapat tunjukkan prestasi terbaik," tambah Iqbal.



Sebanyak 16 kategori akan dipertandingkan di Sukan SEA Hanoi, menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Dalam wawancara bersama Berita Harian sebelum ini, Sheik Alau'ddin menetapkan sasaran untuk pasukan silat Singapura membawa pulang tiga pingat emas, tiga perak dan enam gangsa dari Hanoi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >