Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA HANOI

Pingat pertama dalam tangan, Team SG buru lebih banyak pingat

May 10, 2022 | 05:30 AM



TEAM Singapore menunjukkan prestasi berbeza di beberapa sukan awal yang berlangsung di beberapa lokasi di Vietnam semalam.



Antara yang cemerlang adalah atlet terjun indah, Avvir Tham, yang menunjukkan kebolehannya pada usia muda 17 tahun apabila berjaya mendapat pingat perak dalam acara lelaki 1 meter papan anjal.



Membuat penampilan sulung di temasya Sukan SEA ini, Tham tidak gentar dan percaya akan kebolehannya untuk memenangi sesuatu di temasya sukan itu.



"Saya rasa semua mempunyai matlamat mahu berdiri di podium apabila bertanding di sukan ini," kata Tham sejurus selepas beliau merealisasikan harapan itu apabila mencatatkan 286.40 mata.



Pingat emas menjadi milik atlet Malaysia, Ooi Tze Liang.



Namun, pingat gangsa dicemari dengan kontroversi oleh pihak penganjur.



Penganjur pada mulanya mencatatkan jumlah markah 266.30 untuk Bertrand Rhodict dari Malaysia, meletakkannya di belakang Chawanwat Juntaphadawon dari Thailand untuk pingat gangsa. Juntaphadawon menamatkan dengan markah 281.45.



Tetapi kiraan rasmi selepas acara itu menunjukkan atlet Malaysia itu mencatatkan 284.90, dengan aksi pertama beliau mencatatkan 43.20 dan bukannya 27.90.



Oleh itu, Bertrand membawa pulang pingat gangsa.



Dalam sukan mendayung yang berlangsung di Pusat Akuatik Thuy Nguyen Hai Phong pula, pasukan Singapura menduduki tempat keempat antara empat pasukan dalam acara wanita berpasukan 'coxless' di pusingan awal Isnin lalu.



Pasukan itu, yang merangkumi pendayung Teng Shervis, Teng Sherdyn Siew Ting, Kang Yu Jia dan Joanna Lai, mencatatkan masa 09:51:73.



Bagi pasukan berganda wanita, pendayung Kang dan Joanna mencatatkan masa 09:31:84 dan mendapat tempat kelima antara lima pasukan yang bertanding.



Kedua-dua pasukan itu layak ke peringkat akhir yang bakal berlangsung esok.



Atlet terjun indah wanita negara bagaimanapun mengecewakan apabila melepaskan peluang baik untuk mendapatkan pingat dalam acara terjun berirama wanita 3 meter platform.



Mereka menamatkan acara di tempat terakhir (229.41 mata) dengan percubaan yang kurang memuaskan juri di acara itu semalam.



Dalam sukan bola pantai lelaki pula, Vietnam berjaya mengalahkan Singapura 2-0 dalam pusingan 'round robin' di Quang Ninh.



Singapura bakal beraksi dalam perlawanan seterusnya menentang Thailand hari ini di mana mereka kalah 2-0 dalam pertarungan sama sebelum ini. HAKIM YUSOF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >