Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Polo air wanita S’pura tersingkir daripada kejohanan dunia

Feb 15, 2024 | 03:38 PM



Penampilan sulung skuad sukan polo air wanita Singapura dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar – yang berlangsung dari 2 hingga 18 Februari – berakhir dengan kekecewaan setelah pasukan tersebut tewas kesemua lima perlawanannya.

Bahkan Singapura dibaham juara dunia dua kali, Hungary, 2-39 iaitu kekalahan terbesar skuad negara dalam kejohanan tersebut.

Menurut laporan The Straits Times (ST), Singapura memulakan kempen dengan kekalahan 1-32 kepada Australia, disusuli kekalahan kepada Hungary dan tewas 4-30 kepada New Zealand dalam peringkat kumpulan.


Dalam pusingan klasifikasi, Singapura tewas 6-20 di tangan Afrika Selatan dan 2-18 kepada Brazil, sekali gus menamatkan kejohanan di tangga terakhir dalam kejohanan tersebut.

Sungguhpun demikian, srikandi sukan polo air dapat meraih pengalaman tidak ternilai setelah berdepan dengan pasukan bertaraf dunia bagi memacu polo air Singapura.

Kapten pasukan, Abielle Yeo, 25 tahun, berkata:

“Ini merupakan pengalaman tidak ternilai untuk diberi peluang menyertai pertandingan berskala besar sedemikian dan... kami telah dicabar daripada segi mental dan fizikal.

“Daripada naluri anda, anda boleh tahu tahap pengalaman pemain, tahap pengalaman tinggi yang dimiliki pasukan sedemikian dan ia sesuatu yang mengagumkan dan sesuatu yang kami harap dapat belajar daripadanya.”

Jurulatih kebangsaan wanita, Yu Lei, 52 tahun, menjelaskan:

“Sejujurnya, setiap pasukan dalam kumpulan kami sangat kuat, dan kejohanan ini telah menjadi pembuka mata buat kami.

“Di sebalik keputusan jurang mata yang besar, kami bermain dengan lebih baik dalam setiap permainan susulan dan pemain telah memberikan yang terbaik.”

Walaupun polo air wanita Singapura telah menunjukkan prestasi baik di peringkat serantau dengan satu emas dan tiga perak dalam Sukan SEA dari 2011 hingga 2019, bermain dengan pasukan bertaraf dunia memberi Singapura peluang untuk melihat bagaimana negara lain berlatih dan bersaing.

Pasukan unggul seperti Sepanyol dan Greece mempunyai kumpulan bakat besar dengan asas yang baik dalam sukan polo air, kata Yeo.

“Daripada segi fizikal, pemain mereka pastinya lebih besar, terutamanya dari negara Eropah.

“Salah satu perbezaan terbesar antara kami dengan negara sedemikian ialah, kami tahu mereka mempunyai sistem polo air yang lebih mantap.

“Kumpulan bakat jauh lebih besar, keseluruhan ekosistem – daripada peringkat akar umbi hingga sistem latihan kebangsaan – lebih canggih... tahap kemahiran, gaya permainan dan juga sejauh mana pengalaman pemain,” ujarnya.

Pengalaman daripada kejohanan di Doha ini dijangka meletakkan Singapura dalam kedudukan baik bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand kelak.

Yeo memberi gambaran skuad negara menyasarkan untuk merampas kejuaraan daripada juara bertahan dan juga tuan rumah kejohanan iaitu Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >