Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2025

Feb 5, 2024 | 7:05 PM
(Dari kiri) Perenang para Singapura, Darren Chan; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong; Presiden SDSC, Dr Teo-koh Sock Miang; perenang para Singapura, Yip Pin Xiu dan Sophie Soon melancarkan pengumuman Singapura sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2025 di Hab Sukan Singapura pada 5 Februari.
(Dari kiri) Perenang para Singapura, Darren Chan; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong; Presiden SDSC, Dr Teo-koh Sock Miang; perenang para Singapura, Yip Pin Xiu dan Sophie Soon melancarkan pengumuman Singapura sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2025 di Hab Sukan Singapura pada 5 Februari. - Foto SDSC

Singapura bakal menganjurkan Kejohanan Renang Para Dunia pada 2025, menjadikannya tuan rumah Asia pertama mengadakan acara paling berprestij sukan itu, selain Sukan Paralimpik.

Edisi ke-12 kejohanan itu akan berlangsung di Pusat Akuatik OCBC, dari 3 Oktober hingga 9 Oktober 2025, umum para penganjur, Renang Para Sedunia dan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SDSC), dalam satu majlis di Hub Sukan Singapura pada 5 Februari,

Kejohanan dwitahunan itu, yang sebelumnya dijadual empat kali setahun dari edisi 1990 hingga 2010, pernah diadakan di Belanda, New Zealand, Afrika Selatan dan Mexico, dengan yang terakhir di bandar Manchester, United Kingdom, pada 2023.

SDSC berkata penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2025 di sini seiring dengan sambutan ulang tahun Singapura yang ke-60 tahun depan, membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi negara dalam menjadi sebuah masyarakat inklusif.

2025 akan menjadi tahun besar untuk sukan akuatik tempatan. 

Singapura juga bakal menganjurkan edisi ke-22 Kejohanan Akuatik Dunia pada tahun sama.

Singapura adalah negara Asean pertama selaku tuan rumah pertandingan itu.

Lebih 2,500 atlet dijangka tiba di sini untuk bertanding dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2025, yang menampilkan acara renang, terjun indah, terjun tinggi, renang di lautan terbuka, renang artistik dan polo air. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg