Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Portaluppi harap jurulatih Brazil lebih dihargai

Jul 9, 2025 | 7:54 PM
Jurulatih Fluminense, Renato Portaluppi, berjaya mengubah pasukannya daripada sesuatu yang mudah disingkirkan, menjadi sesuatu yang menjadi ancaman kepada pasukan lain  dalam kejohanan.
Jurulatih Fluminense, Renato Portaluppi, berjaya mengubah pasukannya daripada sesuatu yang mudah disingkirkan, menjadi sesuatu yang menjadi ancaman kepada pasukan lain dalam kejohanan. - Foto REUTERS

NEW JERSEY (AMERIKA SYARIKAT): Perjalanan pasukan Fluminense ke separuh akhir Piala Dunia Kelab seharusnya memberi lebih penghormatan kepada jurulatih Brazil, kata pengurus kelab itu, Renato Portaluppi, pada 8 Julai, selepas kejayaan mereka yang luar biasa dalam kejohanan itu berakhir dengan kekalahan 2-0 kepada Chelsea.

Bekas penyerang itu, yang membawa pasukan itu menjuarai Kejohanan Rio de Janeiro 1995, mengubah mereka daripada pasukan yang mudah disingkirkan, menjadi sesuatu yang menjadi ancaman kepada pasukan lain dalam kejohanan, dalam masa hanya tiga bulan sebagai pengurus, dan kelab itu menerima penghormatan wira daripada peminat di Stadium MetLife.

Sebagai pengkritik terhadap kemasukan jurulatih asing dalam bola sepak kelab Brazil, Portaluppi berharap persembahan cemerlang itu akan menyerlahkan bakat dalam kalangan pengurus Brazil.

“Saya harap bukan sahaja seluruh dunia, bahkan Brazil sendiri dapat melihat jurulatih Brazil dengan dari kaca mata yang berbeza dan menghargai mereka,” kata Portaluppi, atau dikenali sebagai Renato Gaucho.

“Saya tiada masalah dengan jurulatih dari tempat lain di dunia, tetapi orang ramai bercakap tentang mereka dan kurang memberi perhatian kepada jurulatih Brazil... Piala Dunia Kelab ini membolehkan jurulatih Brazil dianggap lebih baik, dan saya harap ia akan berterusan.”

Peminat Amerika Selatan membawa suasana meriah ke Piala Dunia Kelab dan pasukan mereka menghasilkan beberapa keputusan kejutan yang mendebarkan ketika menentang pasukan Eropah, dalam kejohanan yang penganjur harapkan dapat mempamerkan bakat bola sepak global.

Pasukan Amerika Selatan terakhir dalam kejohanan ini boleh pulang dengan penuh kebanggaan, kata Portaluppi, yang berjanji akan mengekalkan momentum untuk peminat mereka di tanah air.

“Peminat kami kini lebih teruja, mereka lebih gembira,” katanya. “Mereka akan mengharapkan prestasi yang sama daripada kami apabila kembali di Brazil.” – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg