Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PORTUGAL LWN URUGUAY

Portugal perlu sentuhan Ronaldo, Uruguay terkapai-kapai

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



QATAR: Kededua Portugal dan Uruguay mungkin dianggap favorit untuk layak ke peringkat selanjutnya, dengan pemain handalan dunia, Cristiano Ronaldo, masih menjadi tumpuan semua peminat bola sepak.



Ini meskipun baru-baru ini timbul laporan bahawa Roanldo telah meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut dengan serta-merta.



Ia susulan kenyataan kapten Portugal itu yang mendakwa beliau berasa dikhianati selepas kembali ke kelab yang melonjakkan namanya sebelum ini.



Meskipun begitu, jentera serangan Portugal masih lagi bergantung kepada pemain berusia 37 tahun itu - meskipun selepas hampir dua dekad pemain itu beraksi di padang bola.



Beliau masih dianggap legenda dalam dunia bola sepak meskipun timbul drama menyelubunginya pada ketika ini.



Dalam perlawanan pertama Portugal menentang Ghana, Ronaldo memimpin pasukannya itu menang 3-2 ke atas pasukan lawan. Ronaldo menjaringkan gol pertama pasukannya menerusi tendangan penalti pada minit ke-65.



Ghana berjaya membalas untuk menyamakan kedudukan, namun Portugal membuat dua jaringan pantas selepas itu bagi mengukuhkan kedudukan.



Ghana berjaya jaringkan satu lagi gol untuk jadikan kedudukan 3-2, namun Portugal berjaya bertahan sehingga wisel penamat.



Perlawanan pertama itu membuktikan bahawa Ronaldo dijangka masih dapat mempengaruhi rakan sepasukannya.



Justeru tidak mengejutkan beliau masih mampu menjadi 'duri dalam daging' kepada Uruguay.



Malah perlawanan ini boleh menjadi daya pengukur sekiranya Portugal layak me langkah ke peringkat selanjutnya dalam Piala Dunia kali ini.



Portugal pernah melangkah ke separuh akhir dalam Piala Dunia pada 2006.



Sebelum ini Ronaldo dan ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos, mendapat kritikan hebat para peminat selepas pasukan itu gagal layakkan diri ke final Liga Negara-Negara menyusuli kekalahan pasukan itu di tangan Sepanyol, September lalu.



Dengan Ronaldo meninggalkan United dan pasukan Portugal tidak menunjukkan permainan memberangsangkan, mungkin juga Portugal akan terjejas semasa pertemuan mereka dengan Uruguay.



Sementara itu, kekuatan Uruguay meragukan.



Ini selepas pasukan itu hanya mampu seri ketika bertemu Korea Selatan.



Dalam perlawanan itu juara Piala Dunia sebanyak dua kali itu tidak mampu membolosi gawang pasukan Asia dengan dua percubaan mereka terkena palang gol.



Kali ini Uruguay mempunyai ramai pemain berkualiti seperti Darwin Nunez, Fede Valeverde, Luis Suarez, Rodrigo Bentancur dan Jose Gimenez.



Namun mereka masih gagal menembusi benteng Korea Selatan. Malah menurut beberapa laporan, Luis Suarez langsung tidak membuat sebarang percubaan ke arah pintu gol lawan, hanya dua sentuhan dalam kawasan petak penalti Korea Selatan dan melakukan sedikit sahaja umpanan.



Jika persembahan sebegini berterusan, belum dapat dipastikan sekiranya pasukan di bawah pengurus baru Dieso Alonso, ini mampu dan layak ke peringkat selanjutnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >