Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Postecoglou: Asas Spurs sangat rapuh

May 15, 2024 | 03:48 PM



LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou, berkata asas kelab itu dalam keadaan “sangat rapuh” selepas kekalahan kepada Manchester City pada 14 Mei, sekali gus meranapkan harapan mereka untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara.


Spurs boleh memberi kelebihan kepada musuh ketatnya dari London, Arsenal, di dalam kejuaraan Liga Perdana England (EPL) sekiranya mereka memperoleh mata ke atas pasukan pelawat, City.

Skuad kendalian Postecoglou perlu menewaskan City untuk mengekalkan harapan menduduki tempat empat teratas.

“Asasnya sangat rapuh. 48 jam yang lalu telah membuktikan perkara itu.

“Di luar dan di dalam kelab, di mana-mana. Ini dari pemerhatian saya,” kata pengurus warga Australia itu.

Sebelum perlawanan, Postecoglou bingung dengan beberapa penyokong Spurs yang seakan gembira jika mereka kalah kepada City kerana akan merosakkan peluang kejuaraan Arsenal.

Spurs memberi persaingan sengit menentang City, tetapi gol pembukaan Erling Haaland pada minit ke-51 disambut dengan penyokong tuan rumah melaungkan, “adakah anda menonton Arsenal?”

Apabila ditanya sama ada ini mempengaruhi pemainnya, Postecoglou berkata:

“Sudah tentu. Saya tidak mampu mengawal kelakuan peminat. Mereka berhak untuk meluahkan dengan apa cara sekalipun. Mereka juga yang selalu membantu kami untuk mendapatkan kemenangan lewat dalam permainan.”

Terdapat video Postecoglou bertengkar dengan peminat Spurs di stadium, sementara dua penyokong tuan rumah dirakam melakukan sambutan khas sejurus selepas gol pembukaan.

Ketika ditanya mengenai laungan penyokong Spurs, Postecoglou menjawab dalam sidang media:

“Saya tidak berminat dan tidak kisah. Saya hanya inginkan kemenangan.

“Saya mahu kejayaan buat kelab ini, sebab itu saya dibawa masuk. Jadi segala perasaan, kemahuan dan keutamaan orang lain, saya tidak ambil peduli.

“Saya tahu apa yang penting untuk membina pasukan yang berjaya, itulah yang akan saya tumpukan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >